Budget 2024 visualised page illustration

Sebesar mana Belanjawan 2024?

RM393.8 bilion

Peruntukannya ialah RM7.7 bilion lebih tinggi dari belanjawan tahun lepas.

Nota: Tidak termasuk RM2 billion simpanan luar jangka

Untuk kemas kini terbaru, terus bersama kami di laman ini.

Kemas kini - 11:20 AM

Baru: Carta Peruntukan kementerian ditambah

Baru: Bonus penjawat awam

Dalam belanjawan kedua yang dibentang Anwar Ibrahim sejak menjadi perdana menteri, kerajaan meneruskan agenda untuk melebarkan perbelanjaan tanpa meningkatkan defisit.

Iklan

Bagaimanakah keadaan kita sekarang?

Menurut unjuran, Malaysia akan menjana lebih hasil dari yang dijangkakan untuk tahun kedua berturut-turut. Unjuran hasil untuk 2023 adalah RM11.7 bilion lebih tinggi dari dijangkakan.

Tahun belanjawan
Hasil yang dijangkakan
RM bil
Hasil yang disemak
RM bil
Perbezaan hasil
RM bil
2020 244.5 225.1 -19.4
2021 236.9 233.8 -3.1
2022 234 294.4 60.4
2023 291.5 303.2 11.7
2024 307.6 - -

Sumber: Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan

Sementara itu, kerajaan berjaya melunaskan hutang 1MDB untuk dua tahun berturut-turut. Hutang-hutang ini dari tiga bon yang dikeluarkan demi menjana wang untuk 1MDB, tetapi wang itu didapati disalahgunakan.

Bayaran untuk bon ketiga sebanyak AS$3 bilion (RM13.17 bilion) dilunaskan pada Mac lalu, menggunakan peruntukan perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan 2023.

Hutang 1MDB seterusnya, iaitu dari sukuk sebanyak RM5 bilion, perlu dibayar pada tahun 2039.

Institusi
Jumlah Dipinjam
RM bil
Perlu Dibayar Pada
Sukuk 5 Mei 2039

Sumber: Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan

Apa rancangan kerajaan?

Salah satu misi utama kerajaan Anwar Ibrahim adalah untuk menangani perbelanjaan subsidi dan bantuan kewangan dengan lebih berhemah.

Untuk tahun ini, perbelanjaan untuk subsidi dan bantuan kewangan adalah RM5.6 bilion lebih tinggi dari yang dijangka dalam semakan semula Belanjawan 2023.

Ini kerana kerajaan meneruskan subsidi untuk telur dan ayam serta memberi bantuan kewangan kepada pesawah, untuk menangani peningkatan kos hidup.

Kerajaan merancang untuk mengurangkan perbelanjaan ini pada tahun 2024 dan dijangka akan mengumumkan subsidi bersasar untuk minyak RON95.

Bantuan kewangan tunai juga akan lebih bersasar jika kerajaan berjaya melaksanan Pengkalan Data Utama (Padu), seperti yang diuar-uarkan.

Sementara itu, jika dilihat secara kasar, perbelanjaan pembangunan pada tahun 2024 susut sebanyak RM7 billion berbanding 2023.

Tetapi, ini berlaku kerana sebanyak RM13.17 bilion dari perbelanjaan pembangunan 2023 telah diperuntukan untuk membayar hutan 1MDB. Jika jumlah ini tidak diambil kira, perbelanjaan pembangunan untuk 2024 ialah RM6.2 bilion lebih tinggi berbanding perbelanjaan pembangunan sebenar pada 2023.

Antaranya, perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan 2024 akan digunakan untuk projek tebatan banjir di seluruh negara, membina sekolah baru dan memperbaiki sekolah sedia ada, menaik taraf fasiliti kesihatan dan membeli peralatan perubatan baru.

Kerajaan menjangkakan defisit tahun depan sebanyak 4.3 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan defisit ke 3.5 peratus menjelang 2025.

Iklan

Namun begitu, nisbah hutang ke KDNK dijangka meningkat ke 64 peratus.

Kerajaan merancang untuk menurunkannya secara berperingkat kepada 60 peratus dalam tempoh tiga ke lima tahun akan datang, melalui Akta Tanggungjawab Fiskal yang telah dibentangkan di Parlimen.

Dari mana datang wangnya?

Kerajaan dijangka memperkenalkan beberapa dasar dalam Belanjawan 2024, untuk meningkatkan hasil.

Ini termasuk cukai keuntungan modal (capital gains tax) ke atas pelupusan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia.

Dasar e-invois untuk rekod cukai perniagaan juga akan dilaksanakan bermula tahun depan. Kadar penangguran yang rendah dan peningkatan produktiviti juga dijangka akan menyumbang kepada kutipan cukai yang lebih tinggi.

Sementara itu, kerajaan akan mengurangkan kebergantungan kepada petroluem untuk menjana hasil bukan cukai.

Petroleum dijangka menyumbang hanya 20.1 peratus hasil tahun hadapan, berbanding 41.3 peratus pada tahun 2009.

Dividen dari Petronas pada tahun hadapan dijangka turun ke RM32 billion, walaupun harga minyak mentah dijangka naik kepada AS$85 setong.

Sementara itu, sumbangan dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) juga dijangka lebih rendah tahun hadapan, iaitu sebanyak RM1 bilion.

Institusi
Dividen sebenar 2022
RM bil
Belanjawan 2023
RM bil
Belanjawan 2024
RM bil
Petronas 50 40 32
Bank Negara 5 2.75 3
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) 3 3 1

Sumber: Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan

Apa selepas ini?

Walaupun subsidi bersasar dan Akta Tanggungjawab Fiskal dapat membantu Putrajaya mengawal perbelanjaan, terdapat juga cabaran lain yang akan dihadapi.

Salah satu daripadanya adalah kos bayaran pencen yang semakin tinggi.

Dalam Belanjawan 2024, RM26 bilion dari RM32.4 bilion yang diperuntukan untuk pembayaran persaraan akan digunakan untuk membayar pencen kepada lebih kurang 917,000 pesara.

Selebihnya diperuntukan untuk bayaran gratuiti dan ganjaran tunai untuk cuti yang terkumpul, bagi penjawat kerajaan.

Kerajaan mengkaji untuk mengubah sistem persaraan kepada skim bayaran persaraan bercarum (defined contribution scheme) untuk menangani cabaran ini.

Tidak jelas sama ada skim ini sama dengan skim pencaruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sementara itu, persoalan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu diperkenalkan semula terus dikaji Putrajaya, namun Anwar membayangkan ia hanya akan dipertimbang selepas subsidi bersasar berjaya dilaksana.

Peruntukan kementerian

Iklan

Perubahan dalam perbelanjaan mengikut sektor

Bonus penjawat awam

Tahun Peruntukan
2024 RM2000*
2023 RM700*
2022 RM700*
2021 RM600*
2020 RM500*
2019 RM500*
2018 RM1,000
2016-2017 RM500
2011-2015 1/2 bulan
* Gred Maksimum 56

Berita terkini

Sedang memuat turun...