• Cari mengikut kluster atau urutkan dengan mengklik tajuk lajur.

    KlusterKes
    Benteng Lahad Datu624
    Tawar92
    Sungai83
    Pulau35
    Selamat25
    Telaga16
    Bunga11
    Alam8
    Bangau-bangau5
    Kuarters5
    Bakau4
    Laut4
    Semenyih IDD 23
    MV Glen3
    Ara2
  • Kluster Tabligh

    Pada 27 Februari ke 3 Mac, seramai lebih kurang 14,500 rakyat Malaysia dan 1,500 warga asing menghadiri sebuah ijtima' tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur. Pada 9 Mac, Brunei mengumumkan kes Covid-19 pertama di negara tersebut, iaitu seorang lelaki yang menghandiri ijtima' tabligh tersebut. Sehari selepas itu, Malaysia mengumumka seorang penduduk Pahang yang telah hadir ke majlis yang sama dijangkiti Covid-19. Sejak dari saat itu, pihak KKM berlumba dengan masa untuk mengesan dan menguji semua peserta ijtima' tabligh tersebut. Setakat ini, ia adalah kluster terbesar dikesan.

    Sehari selepas itu, Malaysia mengumumka seorang penduduk Pahang yang telah hadir ke majlis yang sama dijangkiti Covid-19. Sejak dari saat itu, pihak KKM berlumba dengan masa untuk mengesan dan menguji semua peserta ijtima' tabligh tersebut.

    Kluster ini merupakan yang terbesar dan paling lama aktif di Malaysia. Ia diisytiharkan tamat pada 8 Julai, 28 hari selepas pesakit yang ke 3,375 ditemui. Pesakit terakhir sembuh dari kluster ini keluar dari hospital pada 6 Julai, selepas empat bulan dalam rawatan.

    Pada hari ia diisytiharkan tamai, jumlah pesakit kluster ini merangkum 38.9 peratus semua pesakit Covid-19 di Malaysia, dan melibatkan tujuh negeri. Seramai 825 pesakit bukan warganegara dari 28 negara juga dijangkiti.

    Baca lebih lanjut di sini.

    Kerajaan mahu membuat ujian pengesanan Covid-19 terhadap kesemua peserta perhimpunan tabligh dan kontak rapat mereka. Sehingga 7 Sep 2020, kerajaan telah membuat ujian terhadap 42,023 orang.

    Jumlah disaring42,023
    Sah positif3,375
    Dalam rawatan0
    Sembuh3,341
    Maut34

    Sehingga 7 Sep 2020

    Gambar rajah berikut dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 7 Sep 2020 bagi menunjukkan sebaran jangkitan dalam kluster ini.

    • Kes indeks (1037)

    • Generasi pertama (1143)