Jangkaan keputusan pilihan raya negeri akan datang, dengan menggunakan data PRU15.

Pilihan raya peringkat parlimen pada tahun 2022 menyaksikan perubahan undi yang luar biasa ke arah Perikatan Nasional. Fenomena ini kini disebut sebagai “gelombang hijau”.

Meneruskan momentum PAS pada 2018  ⓘ Nota pengarang: PAS menawan semula Terengganu selepas gagal tiga kali dan menang di lebih banyak kawasan di Kedah. Gabungan PN mendominasi semua peti undi di Kelantan, Perlis dan Terengganu, dan menang semua kecuali satu kerusi parlimen di Kedah.

Iklan

PN juga berjaya meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri lain, termasuk Pulau-Pinang dan Selangor, kubu-kubu kuat PH.

Setengah tahun telah berlalu sejak PRU15 dan kini persoalannya adakah ‘gelombang hijau’ PN akan terus membesar dan membadai ‘negeri-negeri merah’ pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, atau hilang momentum menjadi riak kecil sahaja?

Menggunakan data undian PRU15, kami menganalisa beberapa senario untuk PRN akan datang. Menggunakan kalkulator kami, anda juga boleh menggunakan data yang sama untuk membuat jangkaan sendiri.

Apakah mesej dari data PRU15?

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekod data undian parlimen mengikut satu sistem, yang membolehkan untuk mengetahui pola undian di peringkat kawasan DUN pilihan raya negeri.

Pada bahagian seterusnya, kami akan menggunakan data ini untuk melihat sejauh manakah pengaruh PN di negeri-negeri yang dipegang PH, di peringkat parlimen dan kawasan pilihan raya negeri. Kami juga akan membincangkan senario sekiranya pilihan raya negeri telah dijalankan serentak dengan PRU15 pada November 2022, dan pengundi tidak memecahkan undiMemecahkan undi bermaksud mengundi untuk parti/gabungan lain di peringkat parlimen berbanding negeri.

Iklan

PRN: Apa mungkin terjadi?

Enam PRN yang akan datang berlangsung dalam senario politik yang berbeza - kini PN akan berdepan dengan gabungan PH dan BN.

Gabungan PH-BN berharap penyokong mereka akan tetap bersama mereka serta akan mengundi untuk sekutu mereka, demi menumpaskan musuh bersama, iaitu PN.

Menggunakan data undian terperinci yang disediakan oleh SPR, kita dapat menjangkakan jumlah kerusi yang dapat dimenangi oleh gabungan PH-BN, melalui sebuah kalkulator seperti di bawah.

Jumlah penurunan (default) peratusan keluar mengundi merujuk peratusan pengundi yang keluar mengundi untuk ketiga-tiga gabungan politik tersebut, dalam PRN Johor pada Mac 2022, berbanding PRU15. (Dengan kata lain, hanya 53 peratus daripada pengundi PH yang mengundi pada PRU juga keluar mengundi ketika PRN Johor.)

Semasa PRN Johor pada Mac 2022 - iaitu pilihan raya pertama sejak ‘Undi18’ - PH menerima 47 peratus kurang undi berbanding jumlah undi yang diraihnya di Johor pada PRU15. Bagi PN pula, jumlah pengundinya yang keluar mengundi pada PRN kurang 23 peratus manakala jumlah pengundi yang keluar untuk BN adalah sama. Semasa pilihan raya Tioman  ⓘ Pilihan raya Tioman dijalankan berasingan dari PRU15. Jumlah undi BN semasa pilihan raya Tioman lebih baik berbanding PRU15. , jumlah undi PN juga jatuh sebanyak 23 peratus berbanding PRU15.

Maksudnya, jika PRN Johor dijalankan serentak dengan PRU15, PH mampu meraih 29 kerusi DUN, cukup untuk menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Adalah penting untuk mengambil kira penurunan dalam jumlah keluar mengundi dalam analisis kami, kerana secara amnya, peratus keluar mengundi untuk PRN dan pilihan raya kecil biasanya lebih rendah berbanding PRU.

Pada bahagian seterusnya, kami akan melihat senario terbaik dan terburuk untuk PN dalam PRN yang akan datang, jika peratus keluar mengundi ialah sama dengan PRN Johor 2022.

zahid_nobg

Misi mustahil di negeri-negeri ini?

Semasa PRU15, terdapat tiga negeri di mana PN menang semua kerusi parlimen, iaitu - Perlis, Kelantan dan Terengganu. Di Kedah, PN menang semua kecuali satu.

PN paling kuat di Kelantan dan Terengganu di mana ia menang hampir dua pertiga undi popular.

Kelantan adalah kubu kuat PAS sejak 1990. Jika PRN berlangsung serentak dengan PRU15, PN akan menang 42 dari 45 kerusi DUN  ⓘ Nota pengarang: Data untuk tiga kerusi di bawah kawasan parlimen Gua Musang tidak tersedia kerana ketika artikel ini disiarkan, petisyen pilihan raya masih berjalan..

Pada PRN yang akan datang, mampukah BN-PH mengubah arus di Kelantan? Kemungkinan besar, tidak.

Iklan

Kenapa peratus keluar mengundi penting?

Pada PRU15, sebanyak 15.6 juta pemilih keluar mengundi, 30 peratus lebih tinggi dari PRU sebelumnya. Ini salah satu faktor ‘gelombang hijau’ di negeri utara semenanjung.

Namun begitu, seperti dinyatakan sebelum ini, pengundi kurang keluar mengundi untuk PRN. Bila jumlah keluar mengundi jatuh, keputusan boleh berubah dengan ketara, seperti yang dilihat di Johor pada PRN 2022 dan PRU15.

Profesor sosiologi politik Universiti Sains Malaysia Sivamurugan Pandian telah membuat kajian berkenaan sentimen pengundi di Kedah. Dia percaya PH and BN akan menghadapi cabaran menggalakkan penyokong mereka untuk keluar mengundi.

Kata Sivamurugan, cabaran utama yang akan dihadapi ialah meyakinkan penyokong tegar mereka untuk menerima kerjasama antara dua bekas musuh ketat tersebut.

"Kita boleh menjangka penyokong tegar mereka akan buat undi protes atau tidak keluar mengundi pada PRN," katanya kepada Malaysiakini.

PN juga mempunyai kelebihan daripada segi sentimen pengundi kali pertama. Mereka dikatakan antara penyebab ‘gelombang hijau’ di negeri-negeri utara semenanjung.

Penganalisis politik Bridget Welsh dalam kajiannya menggunakan data undian PRU15 mendapati PN banyak mendapat sokongan pengundi muda.

Namun begitu, pengundi baru masih lagi belum mempunyai kesetiaan politik yang kuat, kata penganalisis politik. Oleh itu, pengundi baru ini merupakan kumpulan yang penting untuk kempen PRN bagi semua pihak, kata Sivamurugan dan penganalisis politik Wong Chin Huat.

wave

Dari riak menjadi ombak

Selain menggalakan pengundi keluar mengundi, kedua-dua gabungan PH-BN dan PN sudah mengenal pasti negeri yang perlukan peralihan undi. Sejak lewat April, pemimpin PH dan BN telah keluar bertemu pengundi di rumah terbuka peringkat kebangsaan yang dianjurkan di Alor Setar Kedah. Ini untuk memberi mesej pada pengundi bahawa gabungan mereka memberi kepetingan kepada negeri itu.

Selepas itu, pimpinan utama PN juga menghadiri beberapa majlis perayaan Aidilfitri di Selangor dan muncul di beberapa ceramah di kawasan yang ‘dihijaukan’ pada PRU15. Pemimpin PN Kedah yang juga Menteri Besar Sanusi Md Nor seringkali memberi ucapan utama di majlis-majlis tersebut.

Kata Sivamurugan Kedah mempunyai sejarah sebagai negeri yang sering berubah kerajaan, dan telah beralih tangan tiga kali sejak 2008.

Tetapi kali ini, kata Sivamurugan, menurut kajiannya, PN ada kelebihan dari segi populariti Sanusi.

“Sanusi adalah faktor penting. Imej yang diberikan ialah ‘Sanusi ialah Kedah’ dan ‘Kedah ialah Sanusi’, sama seperti Shahidan Kassim seorang tokoh berpengaruh di Perlis.

“Jika PH dan BN ingin memberi cabaran yang serius, mereka perlu mengenal pasti seorang pemimpin yang boleh dipercayai dan bereputasi baik. PH dan BN mungkin boleh memberi pertarungan yang sengit di Kedah jika mereka ada calon yang baik, jentera pilihan raya yang berkesan dan kebolehan untuk bercakap tentang isu tempatan,” katanya.

Bagi Selangor pula, Sivamurugan percaya PH dan BN ada kelebihan di sini kerana kebanyakan kawasan pilihan raya terdapat pengundi majmuk (kerusi campuran).

“Itu jika tidak berlakunya sabotaj dalaman, yang memberi peluang untuk PN melebarkan pengaruhnya,” jelasnya.

BACA LANJUT: Siri 2:PRU15: Gelombang hijau penangan pengundi muda?

Kongsikan artikel ini

Kredit

Diterbitkan oleh Kini News Lab pada 21 Jun 2023.
Artikel ini juga dihasilkan dengan sokongan Mapbox.

Penyelaras projek
Ooi Choon Nam & Aidila Razak
Penyelidik & Penulis
Andrew Ong & Ooi Choon Nam
Pembangunan web & Reka bentuk
Ooi Choon Nam, Syariman Badrulzaman & Aidila Razak
Ilustrasi
Syariman Badrulzaman
Penterjemah
Aidila Razak
Penyunting berita
Rahmat Haron
Penyunting video
Mahen Manickam
Suara latar
Pia Ernadya
Sumbanglah untuk projek yang akan datang.
Kini News Lab logo background
introKini News Lab
Kini News Lab ialah pasukan khas di Malaysiakini yang dikhususkan untuk penceritaan visual dan kewartawanan data.