
Lokasi Kampung Angkat MADANI
262 kampung telah dimanfaatkan di seluruh Malaysia dengan penambahbaikan infrastruktur, pemerkasaan komuniti dan pembangunan modal insan.
Merapatkan Jurang Bandar & Luar Bandar
KAM diperkenalkan di bawah Belanjawan MADANI 2024 untuk merapatkan jurang pembangunan antara desa dan bandar dengan meningkatkan capaian kemudahan asas di kawasan luar bandar. Projek ini melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan komuniti desa, dengan penglibatan agensi persekutuan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan mencapai sasaran. Sejak itu, KAM diperluas secara berperingkat.

Sebelum dan Selepas Pembinaan Bilik Stor di Kg Pangkalan Abai, Kota Belud (KDN)
Objektif Utama Kampung Angkat MADANI (KAM)
Memperluas kemudahan asas
Memastikan penduduk menikmati infrastruktur asas seperti air bersih, elektrik yang stabil, jalan berlampu serta akses digital.
Pembangunan luar bandar menyeluruh
Pendekatan holistik merangkumi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan infrastruktur demi pembangunan komuniti seimbang.
Projek berskala kecil, siap tepat masa
Fokus projek yang cepat siap, berimpak tinggi dan terus memberi manfaat kepada penduduk.
Meningkatkan kesejahteraan penduduk & ekonomi tempatan
Menyediakan peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti serta sokongan kepada belia dan wanita melalui TVET, kios niaga dan projek mikroekonomi.
Melibatkan kementerian, agensi, GLC/GLIC & sektor swasta
Pendekatan rentas Kementerian dan agensi mengoptimumkan sumber dan kepakaran, memastikan impak maksimum.

Kemudahan Kecil, Perubahan Besar di Desa

Projek ini bukan sahaja menyediakan kemudahan asas seperti air bersih, lampu solar, kebun komuniti, hab mikro usahawan wanita, TVET untuk belia, kios niaga, bilik mandi jenazah, dan bot baru, malah ia melibatkan penduduk secara langsung dalam setiap langkah pembangunan.

Setiap projek dirancang dengan mendengar keperluan sebenar komuniti memastikan setiap kemudahan bukan sahaja ada, tetapi digunakan sepenuhnya oleh penduduk kampung sendiri.
Dari mengurus tanaman padi dengan lebih cekap, hingga menyediakan peluang pendapatan tambahan untuk ibu-ibu, inisiatif ini menjadikan perubahan itu nyata dan dirasai setiap hari.
Sebelum dan Selepas Naik Taraf Sistem Pengairan Kg Orang Asli Kelinsing, Sepang (KK)


Bagaimana KAM Pastikan Tadbir Urus Baik
KAM memastikan setiap projek dilaksanakan secara telus, cekap, dan berpaksikan keperluan komuniti. Setiap cadangan dikemukakan terus oleh penduduk kampung dan disesuaikan mengikut keutamaan serta peruntukan.
Apabila dipersetujui, perancangan akan terus dilaksanakan bersama pihak terlibat bagi memastikan kelancaran program. Keutamaan kepada kontraktor tempatan serta audit berkala memastikan setiap inisiatif memberi manfaat berterusan kepada kampung.
Sebelum dan Selepas Pembinaan Gelanggang Serbaguna di Kg Long Suling, Long Latei, Telang Usan, Sarawak
Melalui tatakelola yang baik, tempoh pelaksanaan dapat dipendekkan, projek disiapkan lebih pantas dan ketirisan dikurangkan.
Inilah model yang mengangkat desa melalui pemerkasaan komuniti. Terokai kisah perubahan yang bermula dari akar umbi dan membentuk masa depan bersama.
Layari portal Unit Penyelarasan Pelaksanaan untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Kampung Angkat Madani dan saksikan sendiri perubahan yang berlaku.
