Isometric building 1 base Isometric building animation frame 1Isometric building animation frame 2Isometric building animation frame 3
Isometric building 2 base Isometric building animation frame 1Isometric building animation frame 2Isometric building animation frame 3

Apa Sebenarnya Yang Kita Bayar Untuk Bil Elektrik?

Ketahui perjalanan elektrik ke rumah anda dan rahsia menjimatkan bil dengan langkah yang lebih bijak serta lestari.

Ketahui perjalanan elektrik ke rumah anda dan rahsia menjimatkan bil dengan langkah yang lebih bijak serta lestari.

Kita hanya perlu memetik suis dan terus menggunakan peralatan elektrik, sehingga kadang-kadang kita lupa betapa pentingnya elektrik dalam kehidupan seharian.

Setiap kali kita memetik suis, ia kelihatan mudah, tetapi di sebaliknya, ada rangkaian sistem penjanaan, penghantaran, dan pembahagian. Halaman interaktif ini akan membantu anda memahami perjalanan elektrik dari sumber hingga ke rumah anda.

Mari Mula Dengan Beberapa Soalan Untuk Melihat Sejauh Mana Anda Mengenali Penggunaan Tenaga Anda Sendiri

Adakah anda tahu berapakah purata bil elektrik bulanan anda ? Berapakah anggarannya?

RM500
RM10 RM500 RM1,000

Apakah pandangan anda terhadap kadar bil elektrik di Malaysia?

Memahami Bil Elektrik Baharu Anda

Setelah melihat perbezaan kadar tarif elektrik Malaysia berbanding negara jiran, mari kita lihat bagaimana tarif elektrik di Malaysia dikira.

Mulai 1 Julai 2025, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan struktur tarif baharu yang lebih adil, telus dan berpatutan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan tenaga secara lebih cekap dan bertanggungjawab.

Imej berikut menunjukkan cara membaca bil baharu anda:

E-BIL

Klik pada kawasan bernombor untuk maklumat lanjut

E-BIL Page 1
E-BIL Page 2

BIL FIZIKAL

Klik pada kawasan bernombor untuk maklumat lanjut Penggunaan e-bil melalui myTNB adalah digalakkan

Physical Bill

Bil elektrik baharu ini menyenaraikan beberapa komponen yang membentuk jumlah kos elektrik supaya bil elektrik anda lebih telus serta membantu anda memahami dengan lebih baik bagaimana wang anda dibelanjakan.

Caj Penjanaan

Tenaga

Kos bahan api untuk penjanaan tenaga elektrik

Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA)

Mekanisme pelarasan kos mengikut unjuran harga bahan api pasaran semasa

Kapasiti

Pembayaran kapasiti di bawah Power Purchase Agreement (PPA) & Service Level Agreement (SLA) dengan penjana tenaga swasta

Caj Rangkaian

Kos penghantaran & pembahagian tenaga

Caj Peruncitan

Kos perkhidmatan pelanggan

Insentif Cekap Tenaga

Insentif kepada pelanggan yang mengamalkan penggunaan tenaga secara berhemah

Di bawah struktur baharu ini, tarif elektrik akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi jika penggunaan elektrik melepasi ambang (threshold) tertentu.

Tingkat Tarif Elektrik

1500 kWj ke atas
  • Kadar pengguna lebih tinggi (37.03 sen/kWj)
  • Dikenakan caj peruncitan dan caj AFA
  • Tiada Insentif Cekap Tenaga
1000–1500 kWj
  • Menikmati kadar pengguna rendah (27.03 sen/kWj)
  • Dikenakan caj peruncitan dan caj AFA
  • Tiada Insentif Cekap Tenaga
600–1000 kWj
  • Menikmati kadar pengguna rendah (27.03 sen/kWj)
  • Dikenakan caj peruncitan dan caj AFA
  • Menerima Insentif Cekap Tenaga (0.5–25 sen/kWj)
600 kWj ke bawah
  • Menikmati kadar pengguna rendah (27.03 sen/kWj)
  • Caj peruncitan dan caj AFA dikecualikan
  • Menerima Insentif Cekap Tenaga (0.5–25 sen/kWj)

Ringkasnya, jika penggunaan elektrik bulanan rumah anda berada pada 600 kWj atau kurang, anda akan menikmati penjimatan paling tinggi, malah berkemungkinan besar membayar kurang berbanding struktur tarif lama.

Penjimatan Bil Dengan ToU

Struktur tarif baharu ini juga memperkenalkan Skim Masa Penggunaan (Time-of-Use, ToU) supaya pengguna boleh menikmati kadar tarif lebih rendah semasa waktu luar puncak. Dalam skim ini, penggunaan elektrik dibahagikan kepada waktu puncak dan luar puncak. Jika anda lebih banyak menggunakan elektrik pada hujung minggu, atau pada waktu luar puncak seperti 10 malam hingga 2 petang keesokan harinya, anda boleh menikmati kadar lebih rendah berbanding kadar biasa.

Penukaran daripada Tarif Am ke Tarif Tou tidak berlaku secara automatik. Jika corak penggunaan elektrik anda sesuai, anda boleh pertimbangkan untuk membuat penukaran tarif.

Waktu Puncak vs Luar Puncak

Puncak (Kadar Tinggi)
Luar Puncak (Kadar Rendah)
Isnin hingga Jumaat
Luar Puncak
Puncak
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Sepanjang Hari (24 jam)
12am 4am 8am 12pm 4pm 8pm 12am
Puncak: Isnin hingga Jumaat (2:00pm - 10:00pm)
Luar Puncak: Isnin hingga Jumaat (10:00pm - 2:00pm (keesokan hari))
Luar Puncak: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Sepanjang hari (24 jam))

Anda sebenarnya boleh menjimatkan penggunaan tenaga. Ketahui bagaimana tabiat penggunaan tenaga anda memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan.

Katakan anda menggunakan penyaman udara 1,000 watt. Anda menggunakannya selama 8 jam sehari, dan sebagai contoh kadar elektrik secara kasar ialah RM0.50 setiap kWj.

Berapakah kos menggunakan penyaman udara selama 8 jam satu malam?

Adakah mod tunggu sedia (standby mode) membazirkan elektrik?

Berikut beberapa lagi tip untuk menjimatkan elektrik:

Bagaimanakah Elektrik Sampai Ke Rumah Anda?

Sekarang kita fahami pula proses penjanaan elektrik dari sumber tenaga dan bagaiamana ia dibekalkan kepada para pengguna.

Di bawah penstrukturan tarif, bil elektrik kini memaparkan pecahan kos kepada tiga komponen utama: caj penjanaan, caj rangkaian dan caj peruncitan. Ciri baharu ini membantu pengguna memahami dengan lebih jelas apa yang sebenarnya mereka bayar dalam bil elektrik.

Dari Loji Janakuasa Ke Soket: Rantaian Nilai Tenaga

Elektrik tidak muncul begitu sahaja di soket kita. Ia melalui perjalanan yang panjang bermula dari loji janakuasa arang batu dan gas, empangan hidro serta ladang solar, dan akhirnya tiba di rumah kita.

Power grid illustrationPower grid illustrationPower grid illustrationPower grid illustration

Penjanaan: Tenaga dihasilkan daripada sumber bahan api seperti arang batu, gas ataupun tenaga boleh baharu seperti hidro dan solar.

Penghantaran: Elektrik voltan tinggi dari sumber disalurkan ke Grid Nasional.

Transformasi turun voltan: Elektrik kemudian melalui beberapa peringkat untuk merendahkan voltan – Pencawang Masuk Utama (PMU) ➡️ Pencawang Pembahagi Utama (PPU) ➡️ Pencawang Elektrik (PE).

Pengagihan: Elektrik berkuasa rendah yang sesuai untuk kegunaan harian disalurkan ke rumah dan premis perniagaan.

Kini anda tahu bagaimana tenaga elektrik dijana dan disalurkan kepada pengguna akhir. Mari kita lihat sumber bahan api yang Malaysia gunakan untuk menjana kuasa.

Sumber utama penjanaan elektrik di Malaysia adalah…

Kerajaan Malaysia komited untuk beralih daripada sistem tenaga berasaskan bahan api fosil kepada sistem yang lebih hijau dan rendah karbon. Antara langkah utamanya termasuk mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu serta meningkatkan penggunaan sumber tenaga boleh baharu seperti tenaga solar.

Walaupun harga gas asli dan arang batu tidak stabil, kedua-duanya masih merupakan bahan api utama dalam penjanaan elektrik. Sebenarnya, elektrik yang kita gunakan 24 jam sehari melibatkan kos yang amat tinggi.

Apa yang menyumbang kepada kos bekalan elektrik?

Penjanaan elektrik: 70 (70.0%)
Infrastruktur, termasuk penyenggaraan, pembaikan grid dan pelaburan semula: 30 (30.0%)

Sebahagian besar bayaran bil elektrik kita, digunakan untuk menampung kos tinggi penjanaan elektrik terutamanya disebabkan oleh harga gas asli dan arang batu yang meningkat serta tidak menentu. Selebihnya digunakan untuk menyenggara infrastruktur penting yang membolehkan tenaga dihantar dengan selamat kepada pengguna.

Caj peruncitan pula merupakan kos untuk perkhidmatan pelanggan, pengeluaran bil and pengurusan akaun yang diberikan oleh TNB.

Trilema Tenaga: Keterjaminan, Kemampuan dan Kelestarian

Menjana tenaga elektrik bukan semudah memetik suis. Ia melibatkan proses yang rumit, dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dari kos bahan api hinggalah kepada kestabilan sistem bekalan. Semua ini akhirnya memberi kesan kepada sejauh mana bekalan elektrik yang stabil, sama ada ke rumah, pejabat atau kilang. Pada masa sama, tarif wajar dikekalkan pada kadar yang berpatutan dan mampu dinikmati oleh rakyat.

Namun cabarannya semakin besar -- perubahan iklim berlaku dengan lebih pantas dan mengganggu bukan saja ekosistem semula jadi, tetapi juga kestabilan sistem tenaga global. Maknanya, kita perlu mempercepat usaha  ke arah kelestarian tenaga demi masa depan yang lebih stabil, selamat dan lestari untuk semua.

Pengeluaran elektrik mengikut sumber di Malaysia, 1985-2024

% of electricity generation

1985 1989 1993 1997 2001 2005 2009 2013 2017 2021 020406080100
Gas asli
Minyak
Arang batu
Hydro
Solar

Malaysia kini sedang giat melaksanakan misi mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050 (Net Zero 2050), selaras dengan Perjanjian Paris dan Rancangan Malaysia Ke-12.

Usaha ini dipacu oleh Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), pelan induk strategik yang merangka langkah membawa negara ke arah ekonomi rendah karbon. Antara fokus utama NETR ialah memperluaskan tenaga boleh baharu, meningkatkan kecekapan tenaga dan mempercepat penggunaan teknologi hijau dalam pelbagai sektor.

Antara komponen penting dalam inisiatif NETR bagi mencapai Net Zero 2050 adalah memberi tumpuan kepada pengurangan pelepasan karbon dalam sektor industri, khususnya pembuatan. Inisiatif ini merangkumi langkah penjimatan tenaga, penggunaan teknologi bersih, serta pengukuhan peraturan kawalan pelepasan.

Kesemua langkah ini bertujuan memperlahankan pemanasan global dan melindungi bumi daripada kesan buruk perubahan iklim.

Dengan rizab bahan api fosil yang semakin menyusut dan kebimbangan terhadap alam sekitar yang terus meningkat, Malaysia semakin giat memperkukuh komitmen terhadap tenaga bersih.

Inisiatif seperti pembangunan ladang solar berskala besar di Sepang dan Bukit Selambau menjadi antara langkah penting ke arah masa depan yang lebih lestari, di samping mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber tenaga berkarbon tinggi.

Paling menarik, kita juga memainkan peranan penting. Dengan membuat pilihan bijak dalam kehidupan seharian seperti menjimatkan penggunaan elektrik, memilih peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang, atau mencuba tenaga solar. Kita turut menyumbang ke arah Malaysia yang lebih hijau dan lestari.

Menyokong Peralihan Malaysia ke Arah Masa Depan Tenaga yang Lestari

Malaysia Energy Literacy Program (MELP) di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) diwujudkan untuk memperkasa rakyat Malaysia dengan pengetahuan bagi membuat pilihan yang lebih bijak berkaitan tenaga. Program yang diasaskan oleh TNB pada tahun 2020 ini turut memberi inspirasi kepada generasi masa depan untuk memimpin perubahan ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari. Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini boleh dilayari menerusi laman web rasmi www.melp.my.

Cara kita menggunakan elektrik hari ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan Malaysia yang lebih hijau dan lestari.

Langkah mudah seperti memadam lampu dan kipas apabila tidak digunakan atau memilih peralatan elektrik yang berlabel empat atau lima bintang, mungkin kelihatan kecil, tetapi jika diamalkan secara konsisten, ia membawa perubahan yang besar.

Setiap usaha, walaupun sederhana, menyumbang kepada penjimatan tenaga, pengurangan jejak karbon, dan masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.

Menggunakan Elektrik Dengan Bijak

Setelah memahami perjalanan elektrik dan peranannya dalam kehidupan seharian, mahukah anda mengamalkan tabiat penggunaan tenaga yang lebih bijak demi menyokong masa depan Malaysia yang lebih lestari?

Kongsikan artikel ini

Dengan kerjasama Malaysia Energy Literacy Program (MELP)

Kredit

Penerbit Projek

Nadyatul Syima

Penyelidik & Penulis

Aileen Chow

Pembangun Web

Thibi

Pereka Grafik

Fajar Haiqal
Kembali ke atas