Ringgit Kita:
Daripada Rakyat,
Lebih Untuk Rakyat

Sedar atau tidak, setiap wang ringgit yang dibayar oleh rakyat Malaysia kembali dalam bentuk subsidi, bantuan, dan perkhidmatan, malah lebih daripada yang disumbangkan.

Mari kita ikuti perjalanan wang ringgit Siti untuk melihat bagaimana ia memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Ini Siti. Dia ialah seorang eksekutif di negeri Perlis yang bergaji RM4,000 sebulan.

Dia berusaha untuk menampung keperluan hidup keluarganya. Setiap tahun, dia menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai pendapatan.

Namun, adakah Siti sedar berapa banyak yang sebenarnya dia terima kembali daripada Kerajaan?

Sumbangan Rakyat Kepada Hasil Kerajaan

Semua rakyat Malaysia yang bekerja, sama ada daripada sektor awam mahupun swasta, menyumbang kepada hasil cukai negara melalui pelbagai bentuk pembayaran cukai seperti cukai pendapatan.

Namun, tahukah anda? Malaysia mempunyai nisbah cukai-kepada-KDNK yang antara terendah di rantau ASEAN.

Ia juga kurang daripada cadangan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menyarankan sekurang-kurangnya 15% untuk membiayai program pembangunan dan pembasmian kemiskinan.

Nisbah Cukai-kepada-KDNK
Negara Serantau

Sumber: Bank Dunia (2023)

Siti dan kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya menyumbang kurang daripada yang mereka sangkakan kepada tabung negara.

Daripada 6 rakyat Malaysia, berapa ramaikah yang membayar cukai?

Tekaan anda: 0 orang

Hasil Kerajaan Malaysia

Sentuh/klik pada setiap kotak untuk melihat perincian.
Cukai Langsung
Cukai Tidak Langsung
Hasil Bukan Cukai

Sumber: Kementerian Kewangan (2024)

Cukai pendapatan individu yang dibayar oleh Siti dan rakyat lain pada tahun 2024 hanya menyumbang 12.7% sahaja kepada hasil Kerajaan, manakala majoritinya datang dari syarikat dan sumber petroleum.

Apakah perbezaan antara cukai langsung dengan cukai tidak langsung?

Cukai langsung adalah cukai yang dikenakan terus ke atas pendapatan dan kekayaan mengikut akta-akta yang diluluskan seperti Akta Cukai Pendapatan 1967. Contoh cukai-cukai tersebut adalah cukai pendapatan, duti setem dan cukai atas keuntungan hartanah.

Manakala cukai tidak langsung pula adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan serta ditanggung oleh pengguna akhir sama ada individu atau syarikat, contohnya duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).

Walaupun skop SST telah diperluas pada tahun ini, ia hanya menyumbang sekitar 13-14% kepada hasil Kerajaan, dan kira-kira 2% daripada KDNK (nominal). Sebagai perbandingan, cukai kepenggunaan (consumption tax) di negara-negara lain mencapai 4-6% daripada KDNK masing-masing.

Apa Yang Rakyat Terima Balik?

Berbeza dengan syarikat swasta yang bermotifkan keuntungan, Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang berbeza sepenuhnya.

Hasil cukai yang dikutip oleh Kerajaan bertujuan diagihkan semula bagi merangsang ekonomi dan menyediakan jaring keselamatan sosial kepada rakyat yang tidak berkemampuan untuk mencari pendapatan yang mencukupi.

Selepas membayar faedah hutang (caj khidmat hutang), gaji dan emolumen penjawat awam, serta kos operasi, hampir semua hasil cukai dikembalikan secara langsung atau tidak langsung kepada rakyat.

Perbandingan Subsidi Tenaga vs Inisiatif Ekonomi dan Sosial Lain di bawah Perbelanjaan Pembangunan

Sumber: Bank Negara Malaysia (2022)

Selain bantuan tunai langsung seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) - 7 kali ganda berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diperkenalkan pada 2012, Kerajaan juga sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk keperluan jangka pendek dan panjang rakyat.

Memandangkan gaji bulanan Siti di bawah RM5,000, maka dia layak untuk menerima STR dan SARA.

Selain bantuan tunai secara langsung, Siti juga mendapat manfaat daripada pelbagai subsidi secara tidak langsung pada setiap hari.

Sumber: Kementerian Kewangan.
Sumber: Kementerian Kewangan.

Sebagai contoh, Siti yang memandu kereta untuk pergi kerja, perlu mengisi minyak RON95 di stesen minyak hampir setiap minggu. Dengan adanya subsidi Kerajaan, Siti hanya perlu bayar RM1.99 seliter berbanding harga pasaran RM2.60 - satu penjimatan sebanyak RM0.61 bagi setiap liter yang dibelinya.

Selain itu, Siti dan keluarganya juga menikmati pelbagai perkhidmatan asas Kerajaan seperti pendidikan percuma, rawatan kesihatan berpatutan, dan infrastruktur jalan raya yang diselenggara.

Kesemua perkhidmatan ini disediakan sama ada secara percuma atau pada kadar yang jauh lebih murah berbanding sektor swasta, memberikan nilai yang signifikan kepada kehidupan sehariannya.

Perbandingan Subsidi dan Sumbangan Cukai Pendapatan

Subsidi dan Bantuan Sosial
Cukai Pendapatan Individu
0204060RM Bilion71.937.867.441.120232024

Sumber: Kementerian Kewangan

Semua ini memerlukan lebih banyak pembiayaan. Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan telah melaksanakan strategi komprehensif untuk memastikan setiap wang ringgit anda digunakan dengan optimum.

Pemantapan Tatakelola demi Kemampanan Ekonomi

Selain memerangi rasuah secara aktif, Kerajaan sedang mengoptimumkan perbelanjaan melalui pencegahan kebocoran dan ketirisan dalam pengagihan subsidi. Pendekatan subsidi bersasar yang diperkenalkan membolehkan Kerajaan mengurangkan jumlah mutlak perbelanjaan subsidi, tetapi pada masa yang sama meningkatkan jumlah bantuan yang sampai kepada penerima yang benar-benar memerlukan.

Kerajaan juga telah melaksanakan pembaharuan tadbir urus yang menyeluruh untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan. Ini termasuk memperkenalkan inisiatif GovTech untuk meningkatkan kecekapan digital dalam perkhidmatan awam, penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang menetapkan rangka kerja undang-undang untuk pengurusan kewangan yang bertanggungjawab, serta Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 untuk memastikan ketelusan dalam kontrak Kerajaan.

Langkah penguatkuasaan yang lebih ketat juga diperkenalkan, termasuk kewajipan tender terbuka untuk projek-projek Kerajaan dan pemberian kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengenakan penalti kepada pihak yang melanggar peraturan kewangan awam.

Nampak rumit, kan? Tapi apa sebenarnya impak langkah-langkah ini untuk rakyat? Jom kita dengar penjelasan pakar ekonomi dalam video ni:

Ketua Pakar Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam berkata, untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang saksama dan stabil, perbelanjaan negara perlu menepati sasarannya.

Sebagai contoh, kajian Bank Dunia sebelum ini menunjukkan bahawa lebih kurang 53% manfaat subsidi petrol dinikmati kepada golongan T20, dan keadaan inilah yang Kerajaan cuba selesaikan.

Tetapi nak selesaikannya kena perlahan-lahan,
tidak boleh tiba-tiba berubah. Itu saya kira pendekatan yang tepatlah menggunakan MyKad dan sebagainya itu sebagai langkah untuk menimbangi keperluan antara peningkatan kewangan serta pengurusan impaknya.
Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Ketua Pakar Ekonomi
Bank Muamalat Malaysia Berhad

Ekonomi MADANI

Dengan menelusuri pengalaman Siti, kita dapat melihat setiap rakyat Malaysia menerima jauh lebih banyak daripada apa yang mereka bayar dalam bentuk cukai.

Ini merupakan suatu kitaran ekonomi yang positif, di mana hasil negara yang disumbangkan oleh rakyat, dimanfaatkan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat, dan kesejahteraan rakyat pula menyumbang kepada kestabilan ekonomi jangka panjang.

Dengan ini, kita dapat menikmati hidup yang lebih bermakna dalam konteks ekonomi yang lebih adil dan berdaya tahan.

Kerangka Ekonomi MADANI
Kerangka Ekonomi MADANI

Menurut Dr. Afzanizam, kerangka Ekonomi MADANI ini ibarat sebuah perancangan atau blueprint untuk membina sesebuah rumah demi kesejahteraan penduduknya.

Dalam kerangka ini, dia cakap pasal siling dan lantai: Menaikkan siling dan lantai. Untuk menaikkan siling itu, meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi, maksudnya berdasarkan inovasi; lantai itu pula, semua orang dapat manfaat, tidak ada siapa yang ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi itu.
Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Ketua Pakar Ekonomi
Bank Muamalat Malaysia Berhad

Aliran wang ringgit bukan sekadar angka, tetapi juga mencerminkan nilai-nilai Malaysia MADANI. Setiap transaksi, setiap bantuan, dan setiap dasar fiskal membawa bersama prinsip kelestarian, ihsan, dan keadilan.

Mari kita teruskan perjalanan ini bersama-sama menuju Malaysia yang lebih makmur dan adil untuk semua.

Dengan kerjasama Kementerian Kewangan MalaysiaPenerbit Projek: Nadyatul Syima
Penyelidik & Penulis: Dexter Chan
Pembangun Web: Newsgraphy
Penerbit Video: Nadyatul Syima
Juruvideo: Hairudin Zakaria
Penterjemah: Nur Amira Afrina