Pendidikan adalah kunci kejayaan, namun ramai yang terpaksa bekerja lebih awal untuk mencari rezeki dan menyara keluarga.
Setelah bertahun-tahun bekerja, mereka kini memerlukan kelayakan akademik bagi meningkatkan kerjaya dan gaji mereka, tetapi kembali ke universiti untuk memperoleh ijazah memerlukan komitmen besar dari segi masa, kewangan dan keseimbangan hidup.
Bagi mereka, alangkah baiknya jika pengalaman kerja bertahun-tahun ini dapat diiktiraf sebagai kelayakan akademik yang sah?
Penyelesaian Yang Efisien
Ini bukan sekadar angan-angan kosong, tetapi merupakan peluang nyata yang boleh direalisasikan hari ini melalui program yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Program ini dikenali sebagai APEL (Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu). Ia merupakan satu proses sistematik yang telah diperkenalkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA - Malaysian Qualification Agency) pada tahun 2011.
APEL melibatkan tiga proses utama, iaitu identifikasi pengalaman dan kemahiran sedia ada, dokumentasi bukti pembelajaran dan pencapaian, serta penilaian kelayakan berdasarkan standard akademik.
Empat Laluan APEL
APEL terdiri daripada empat laluan bagi memenuhi keperluan individu
mencapai pelbagai peringkat kehidupan dan kerjaya.

Perbandingan Program APEL
Pilih aspek untuk membandingkan empat jenis program APEL.
APEL.A
APEL.C
APEL.M
APEL.Q
Untuk memahami APEL dengan lanjut, mari kita mengikuti permainan ini:
Teka mana satu laluan APEL yang betul?
Padankan setiap individu dengan laluan APEL yang paling sesuai berdasarkan latar belakang dan matlamat mereka.




Kelebihan APEL: Penjimatan Masa dan Kos
Melalui pengiktirafan pengalaman kerja, mereka tidak perlu bermula dari awal, menjimatkan masa belajar berbulan-bulan mahupun bertahun-tahun, sekaligus mengurangkan kos yuran pengajian dan perbelanjaan lain yang berkaitan.
Sebagai contoh, melalui APEL.Q, individu seperti Ahmad yang mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman berpeluang untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda tanpa perlu mengambil masa 3 hingga 4 tahun untuk mengikuti keseluruhan program seperti pelajar universiti.
Manakala Sari yang memohon APEL.C pula dapat memperoleh pindaan kredit sebanyak 60%, tertakluk kepada panduan pindaan kredit kursus masing-masing.
Misalnya, yuran bagi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) ialah RM300/kredit, dengan jumlah 48 kredit bagi keseluruhan program ini.
Jika dibandingkan antara calon biasa dan calon permohonan APEL.C, maka Sari dapat pengecualian lebih kurang 14 kredit bersamaan dapat 30% pindahan kredit.
Perbandingan Kos
| Item | Tanpa APEL | Dengan APEL.C |
|---|---|---|
| 48 kredit × RM300 | RM14,400 | — |
| 14 kredit × RM150 (APEL.C) | — | RM2,100 |
| 34 kredit × RM300 (bayar penuh) | — | RM10,200 |
| Jumlah Bayaran | RM14,400 | RM12,300 |
| Penjimatan | — | RM2,100 |
Oleh itu, dengan APEL.C, pelajar seperti Sari bukan sahaja dapat memendekkan tempoh pengajian, tetapi juga menjimatkan kos yang signifikan.
APEL membolehkan mereka kembali ke pasaran kerja lebih awal berbanding pelajar biasa yang perlu menamatkan keseluruhan program.
Jumlah Permohonan APEL Mengikut Tahap
(2021-2024)
Permohonan dibuka mengikut tahap kemasukan, iaitu program Sijil (T3), Diploma (T4), Sarjana Muda (T6), Sarjana (T7) dan Kedoktoran (T8).
Warna yang lebih terang menunjukkan bilangan permohonan yang lebih tinggi
| Program/Tahap | T3 | T4 | T6 | T7 | T8 |
|---|---|---|---|---|---|
| APEL.A | 937 | 7,703 | 19,277 | 10,664 | 219 |
| APEL.C | 116 | 1,081 | 1,787 | 1,203 | 41 |
| APEL.M | 7 | 73 | 324 | 219 | 11 |
| APEL.Q | 52 | 1,028 | 3,023 | 2,062 | 76 |
Sejak tahun 2021, seramai 49,436 individu telah memohon untuk mengikuti program APEL. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38,800 individu memohon APEL.A, menjadikannya laluan APEL yang paling mendapat sambutan.
APEL bukan sahaja terbuka kepada warganegara Malaysia, malah turut menerima sebanyak 314 permohonan daripada warga asing.
Testimoni Graduan APEL
Mari kita lihat perkongsian rakan-rakan lain yang telah menjalani laluan APEL.
Testimoni dari Mastura Yazid
Testimoni dari DJ Prem
Melalui perkongsian di atas, dapat dilihat bahawa APEL membuka peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja, pembelajaran tidak formal atau kelayakan profesional untuk dinilai dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada kelayakan akademik secara lebih fleksibel dan inklusif.
Jika perjalanan anda juga sama seperti mereka, maka APEL merupakan langkah efisyen ke arah masa depan yang lebih cerah.
Dengan adanya APEL, anda tidak bermula dari kosong. Setiap cabaran yang anda hadapi, setiap kemahiran yang diasah, dan setiap masalah yang diselesaikan, adalah langkah-langkah menuju kejayaan hari ini.
Direktori Program APEL
Cari Institusi Pendidikan Tinggi yang menawarkan program APEL mengikut kesesuaian anda.
Program APEL
Jenis IPT
Kredit
Penerbit Projek: Nadyatul Syima
Penyelidik & Penulis:
Dexter Chan, Woon Khee Ling
Pembangun Web: Newsgraphy
Penerbit Video: Nadyatul Syima
Juruvideo: Hairudin Zakaria
Penterjemah: Nur Amira Afrina



