Setiap rakyat Malaysia berhak mendapat pendidikan terbaik tanpa mengira latar belakang keluarga. Meskipun kos sara hidup semakin meningkat, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memastikan pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Biasiswa menjadi wadah utama yang membuka peluang pendidikan kepada lebih ramai pelajar, sekali gus membantu mereka merealisasikan cita-cita dan mencapai kecemerlangan. Melalui peluang ini, generasi muda bukan sahaja dapat mengubah masa depan diri dan keluarga, malah turut menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara Malaysia tercinta.
Tahukah anda, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyediakan pelbagai peluang penajaan, khususnya bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bahagian Biasiswa, KPT yang menguruskan urusan penawaran kepada pelajar tajaan amat komited dalam memastikan pelajar yang layak dan memenuhi kriteria mendapat penajaan yang disediakan. Penajaan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar agar mereka dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajian serta berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh penajaan.
Mari kita ikuti pengalaman tiga anak muda—Nabila, Bryan, dan Letchumi—bagaimana peluang penajaan ini bakal mengubah kehidupan mereka dan keluarga.
Kisah Inspirasi:
Penerima Biasiswa
Baca kisah-kisah kejayaan mereka yang telah mengubah hidup melalui pendidikan
Nabila
Bakal Jurutera
Kuala Kangsar, Perak
Bryan
Penyelidik Nanoteknologi
Universiti Malaya
Letchumi
Ahli Sains Data
Selangor
Testimoni Penerima Biasiswa KPT
Program-program biasiswa KPT telah membuktikan keberkesanannya dalam membuka peluang pendidikan tinggi kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.
Mari kita lihat perkongsian penerima-penerima biasiswa.
Azfar Zukefli
MyBrain Science

MyBrain 2.0

Cari Biasiswa Yang Sesuai
Untuk Anda
Jawab beberapa soalan mudah untuk mencari program biasiswa yang paling sesuai dengan kelayakan anda
🔍 Kriteria Kelayakan Anda
Kredit
Penerbit Projek: Nadyatul Syima
Penyelidik & Penulis: Dexter Chan
Pembangun Web: Newsgraphy
Penerbit Video: Syilda Ismail
Juruvideo: Hairudin Zakaria
Penyunting Video: Affandi Zulkefly