Mendaki Gunung Inas bersama mangsa banjir Baling

Yap Si Err dan Mukhriz Hazim9 Januari 2023

Dengan monsun timur laut yang melanda Malaysia, penduduk Kampung Iboi dan kampung sekitar berhampiran Baling, Kedah bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak kejadian banjir.

Sejak banjir yang mengorbankan nyawa di kawasan itu pada Julai lalu, kampung-kampung itu ditenggelami air beberapa kali lagi selepas itu.

Penduduk kampung bertegas bahawa punca banjir adalah ladang durian di puncak Gunung Inas, yang terletak bersebelahan.

Sebulan selepas banjir besar pertama, penduduk membawa wartawan dan jurugambar Malaysiakini mendaki gunung selama lapan jam untuk menunjukkan tahap kerosakan.

Ini yang kami lihat.

Iklan

Kampung Iboi terletak 75m dari aras laut, bersebelahan Hutan Simpan Gunung Inas, hilir Sungai Kupang.

Di sini, penduduk kampung Azhar Md Isa menunjukkan bagaimana aliran sungai dialihkan. Ini adalah salah satu kolam yang lebih kecil yang dibina lebih rendah di atas gunung. Ia terselamat daripada banjir.

Tetapi di sekeliling kolam itu terdapat tanda-tanda kerosakan berupa pokok yang tercabut, cerun runtuh dan gelinciran tanah.

Penduduk kampung mengatakan terdapat tiga kolam besar di puncak gunung. Kolam ini lebih besar daripada kolam renang bersaiz Olimpik.

Penduduk kampung berpandangan bahawa kolam-kolam itu kemungkinan gagal bertahan ketika hujan lebat, menyebabkan banjir di hilir.

Klip video penduduk kampung menunjukkan pelbagai kolam di puncak gunung

Sebenarnya, pihak berkuasa mengatakan ada satu kolam memang gagal bertahan. Tetapi pakar Universiti Malaya Profesor Azizan Abu Samah berkata ia tidak mungkin menjadi punca banjir.

Dia berkata kolam itu tidak mengandungi air yang mencukupi untuk menyebabkan kerosakan sedemikian.

Dia berkata pelepasan daripada empangan, seperti di Semenyih, telah mengakibatkan kepala air besar dan banjir di hilir, tetapi ini tidak mungkin berlaku dalam kes kolam pengairan yang lebih kecil.

Kepala air pada 4 Julai, katanya, berkemungkinan semula jadi, tetapi ini tidak bermakna tragedi itu bukan disebabkan oleh manusia.

Kredit: Mohamad Hisyam Hassim

Bukan berlaku semalaman

Laporan geologi mengenai banjir itu menyatakan hujan yang luar biasa tinggi di puncak gunung merupakan antara faktor bencana berkenaan.

Tetapi Profesor Azizan meragui perkara ini, dengan alasan bahawa data daripada dua rangkaian kerpasan global - Nullschool dan NASA - tidak menunjukkan hujan yang luar biasa dan kawasan itu hanya menerima kurang daripada 3mm hujan sejam dalam masa tiga jam.

Klip video dihasilkan dengan bantuan Fadzil Mohd Nor (Institut Sains Samudera & Bumi Universiti Malaya)

Hujan yang turun di kawasan Kupang, di mana bencana itu berlaku, adalah dua puluh kali ganda lebih rendah daripada hujan yang turun di Bentong semasa banjir yang sama dahsyat di sana pada 17 Dis 2021.

Profesor Azizan percaya bencana itu disebabkan oleh pengurusan cerun yang lemah selepas pembukaan hutan secara besar-besaran, dalam tempoh beberapa tahun, dan bukannya kejadian hujan lebat, atau kolam pengairan yang gagal bertahan.

= 10 hektar

Menurut laporan geologi, Petak 8 hutan simpan terdiri daripada 3,111 ha.
Antara 2010 hingga 2019, 1,474 ha telah dibersihkan.
Hutan ditebang untuk menanam pokok getah, tetapi akhirnya hanya 400 ha ditanam dengan pokok getah, 53 ha dengan durian dan baki 1,021 ha tanah tandus.

Pembersihan di kawasan berisiko tinggi

Malah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak pernah meluluskan ladang mega durian Musang King.

Pada tahun 2013, kelulusan telah diberikan untuk membersihkan semua kayu balak untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai ladang getah klon lateks kayu.

Tetapi JAS menasihatkan supaya tidak membersihkan beberapa kawasan "berisiko tinggi" dalam petak itu, termasuk cerun dengan kecerunan lebih curam daripada 25 darjah.

GIF of forest clearing

Meskipun begitu, imejan satelit dari 2017 hingga 2020 menunjukkan kebanyakan kawasan "berisiko tinggi" telah dibersihkan.

JAS berkata arahan berhenti kerja telah dikeluarkan kepada ladang durian itu apabila ia ditemui, berikutan aduan mengenai banjir yang lebih kecil oleh penduduk setempat.

Tiada kerja pembalakan atau perladangan aktif di tapak itu sejak 2020.

Ironinya, pakar-pakar penanaman durian tidak jelas mengapa ada orang yang mahu menanam durian di kawasan tinggi dan curam sedemikian.

Semasa pendakian, anak pokok durian dikesan pada ketinggian 700m hingga 850m dari aras laut.

Durian Sapling

Ketika ditunjukkan gambar dari trek pendakian bersama penduduk, pakar penanaman durian, Lim Chin Khee, berkata kawasan tinggi seperti itu tidak sesuai untuk penanaman durian.

Dia berkata selepas 800m di atas paras laut, pokok durian tidak boleh berbuah, manakala pada ketinggian melebihi 600m, isi durian pula akan menjadi terlalu pucat, kata pakar Kementerian Pertanian itu.

Jadi mengapa kerajaan negeri memilih untuk menanam durian di gunung ini?

Berdepan dengan cerun tandus pada 2018, Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah berkata dia meluluskannya kerana ia adalah pilihan terbaik pada masa itu, selepas pembersihan besar-besaran ketika pentadbiran terdahulu.

Petak 8 pada mulanya dibersihkan pada 2012 di bawah Menteri Besar Azizan Abdul Razak, sebagai sebahagian daripada projek ladang getah bagi pembasmian kemiskinan, atau Ladang Sejahtera.

Tetapi ketika Mukhriz Mahathir mengambil alih jawatan menteri besar pada Mei 2013, sebahagian besar tanah masih kosong. Dia berkata dia mengarahkan kerja teres untuk menguruskan cerun tandus tetapi terdapat isu pengurusan, sehingga 2016, apabila Ahmad Bashah mengambil alih.

READ MORE: KINIGUIDE | Through the murky waters and mudslinging of the Baling floods

Risiko maut yang sentiasa ada

Ini adalah video banjir di Kampung Iboi pada bulan September.

Sejak Julai, penduduk Kampung Iboi telah menghadapi sekurang-kurangnya 11 kejadian banjir teruk.Video banjir 6 Sept. Kredit imej: twitter/jnmalaysia

Masalah yang sama masih berulang menyebabkan penduduk sudah letih dan trauma apabila kerap berlaku banjir.

Saya berharap sangat pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu dengan secepat mungkin bagi membantu penduduk kampung.
Ketua Kampung Iboi, selepas satu lagi banjir pada 1 Dis 2022
Cerun ada di situ, ia sudah dibersihkan, bermakna cerun itu tidak stabil. Risiko tanah runtuh sudah ada.

Jadi apabila hujan lebat, penduduk Kampung Iboi akan terjejas.

Dan mereka sudah pun terjejas.
Profesor Institut Sains Samudera dan Bumi Universiti Malaya
Azizan Abu Samah

Kongsikan artikel ini

Kredit

RJF logo

Diterbitkan oleh Kini News Lab pada 9 Januari 2023. Laporan ini dihasilkan dengan sokongan daripada Dana Kewartawanan Hutan Hujan dengan kerjasama Pusat Pulitzer.

Penyelaras projek
Aidila Razak
Penyelidik & Penulis
Yap Si Err, Mukhriz Hazim & Aidila Razak
Pembangunan web & Reka bentuk
Ooi Choon Nam & Hazman Hazwan
Jurugambar & Juruvideo
Mukhriz Hazim & Yap Si Err
Produksi video
Tham Seen Hau & Phung Yie Wen
Penghargaan kepada
Law Yao Hua, penduduk Kampung Iboi (Mohd Kamal Tahak, Azhar Md Isa, Mohamad Hisyam Hassim, Mohamad Nor Maslan Aziz and Mohamad Nor Azian Aziz) & pelatih amali KiniTV (Aq’sa Sumayya Nor Hazalan, Hoi Jia Xuan and Chan Gian Shi)
Penterjemah
Wahyudi Yunus
Sumbanglah untuk projek yang akan datang.
Kini News Lab logo background
introKini News Lab
Kini News Lab ialah pasukan khas di Malaysiakini yang dikhususkan untuk penceritaan visual dan kewartawanan data.