Sorotan

Cukai pendapatan dipotong 1%

Potongan 1% kadar cukai persendirian untuk banjaran pendapatan bercukai RM50,001 - RM70,000, daripada 14% ke 13%.

Bantuan tunai BPR ditambah

Sehingga RM1,000 per isi rumah, tertakluk bilangan anak, pendapatan, status perkahwinan. Had pendapatan RM5,000.

Pelepasan cukai gaya hidup RM500

Pelepasan cukai sehingga RM3,000, dengan RM500 untuk perbelanjaan sukan. Pelepasan dibenarkan untuk e-akhbar

Pelepasan cukai untuk rawatan perubatan

Pelepasan cukai RM8,000 dan RM3,000, masing-masing untuk rawatan perubatan kritikal dan skim persaraan swasta.

Bukan semua peminjam dapat moratorium

B40 dapat 3 bulan moratorium atau diskaun 50% untuk 6 bulan. Bayaran flexi untuk M40 yang hilang pendapatan

Pengeluaran Akaun 1 KWSP dibenarkan

Dibenarkan sebanyak RM500 sebulan, sehingga RM6,000. Sumbangan pekerja dikurangkan ke 9% sebulan.

Susu dan laptop untuk pelajar sekolah

Dibenarkan sebanyak RM500 sebulan, sehingga RM6,000. Sumbangan pekerja dikurangkan ke 9% sebulan.

Asuhan kanak-kanak B40

Pusat komuniti sediakan khidmat asuhan kanak-kanak selepas waktu sekolah untuk B40 di bandar.

Cukai eksais atas vape and cecair vape

10% eksais ke atas semua peranti rokok elektronik dan bukan elektronik, 40 sen per mm untuk cecair vape.

Kad MY30 serta pas RM5 untuk pelajar

Pas bulanan MY30 diluaskan ke P. Pinang dan Kuantan. Pas bulanan RM5 untuk murid di beberapa perkhidmatan tren.

Subsidi upah diteruskan

Sekurang-kurangnya RM600 subsidi sebulan bergantung pada pekerja. Lebih subsidi jika gajikan kumpulan bersasar.

Bantuan untuk pembeli rumah pertama

Pelepasan duti setem untuk pembeli rumah pertama. Program sewa-beli bagi 5,000 rumah PR1MA.

RM1b untuk perangi Covid-19

RM1b peruntukan untuk perangi Covid-19, termasuk untuk membeli reagen, PPE, peralatan makmal dll.

Vaksin pneumokokal percuma

Pelepasan cukai RM1,000 untuk pemvaksinan, serta vaksin pneumokokal percuma untuk semua kanak-kanak.

RM500 untuk petugas barisan hadapan KKM

RM500 untuk 100,000 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Negara sebagai tanda perhargaan.

RM500 untuk penjawat awam

RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM300 untuk pesara kerajaan dan veteran tanpa persaraan.

Latihan semula pekerja penerbangan

Peruntukan RM50 juta untuk melatih semula 8,000 pekerja industri penerbangan yang diberhentikan.

RM50 e-dompet untuk belia

Belia berumur 18 ke 20 akan menerima RM50 melalui aplikasi e-dompet.

Kredit telekomunkasi RM180

RM180 kredit telekomunikasi buat golongan B40, untuk membeli data atau sebagai subsidi membeli telefon bimbit.