Pilihan raya umum 2022

PRU15

Terkini|

Siapa yang akan anda undi?
Apa janji parti-parti bertanding?
Kenapa anda harus mengundi?
Dapatkan jawapannya di sini.
Pilihan raya umum kali ini semakin hampir, dan nampaknya bakal berbeza berbanding pilihan-pilihan raya sebelum ini. Setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas layak untuk mengundi. Gabungan-gabungan politik utama dan komposisi mereka juga telah mengalami perubahan. Mari ambil tahu mengenai pilihan raya di laman web ini.

Apa selepas ini?

Sentuhsetiap peristiwa untuk maklumat lanjut.
Iklan

Loading...

Gabungan-gabungan politik

Semasa PRU2018, terdapat dua gabungan utama. Kini, ia sudah berubah menjadi tiga. Ketiga-tiganya memiliki keutamaan yang berbeza. Sentuh butang di bawah untuk melihat apakah beza janji-janji pilihan raya mereka.
Apakah pendirian gabungan-gabungan ini?
PembaharuanPerlindunganPelbagai kaumMelayu-Islam
BNPHPN
Sumber : Wong Chin Huat (2022). Evolution of Malaysia's Party System. [Manuskrip dalam penyediaan]
bn-leaders
mca
MCA
Presiden
Wee Ka Siong
umno
Umno
Presiden
Ahmad Zahid Hamidi
mic
MIC
Presiden
SA Vigneswaran

Parti lain

pbrs
PBRS
bn
Barisan Nasional (BN)
Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan yang paling lama wujud. Polisi dan ideologinya adalah berasaskan kepentingan etnik, di mana tiga parti utama di bawahnya masing-masing mewakili orang Melayu, Cina dan India. Secara tradisinya, asas perjuangan utama gabungan itu adalah pembangunan ekonomi dan infrastruktur. Mereka lebih cenderung mengekalkan status quo dalam dasar dan menyokong penglibatan negara dalam perniagaan. Umno selalu dilabelkan sebagai berhaluan ‘kanan-pertengahan’ dan merupakan parti dominan dalam gabungan berkenaan.
ph-leaders
dap
DAP
Setiausaha agung
Anthony Loke Siew Fook
pkr
PKR
Presiden
Anwar Ibrahim
amanah
Amanah
Presiden
Mohamad Sabu

Parti lain

upko
Upko
muda
Muda
(Kerjasama tidak rasmi)
ph
Pakatan Harapan
Selepas 2020, Pakatan Harapan menjadi blok pembangkang terbesar di Parlimen dan mentadbir tiga negeri. Asas perjuangan mereka adalah melaksanakan pembaharuan institusi, antikorupsi, pemerkasaan wanita dan kepelbagaian budaya. Tiada parti komponen yang menzahirkan atau mendakwa memiliki kedudukan dominan dalam gabungan berkenaan. Ia juga mengikat satu kerjasama tidak rasmi dengan Muda.
pn-leaders
pas
PAS
Presiden
Abdul Hadi Awang
bersatu
Bersatu
Presiden
Muhyiddin Yassin
star
Star
Presiden
Jeffrey Gapari Kitingan

Parti lain

gerakan
Gerakan
sapp
SAPP
pn
Perikatan Nasional (PN)
Perikatan Nasional (PN) merupakan gabungan paling baru, lahir daripada rentetan “Langkah Sheraton” pada 2020. Parti komponennya yang paling berpengaruh ialah Bersatu dan PAS. Buat masa ini, PN mentadbir empat negeri. Selain di Kelantan dan Terengganu yang ditadbirnya, pendirian dasar PN masih berkembang dan mengambil bentuk. Pun begitu, ia sering mempamerkan dirinya sebagai alternatif yang lebih bersih berbanding BN.

Bagaimana gabungan politik terbentuk?

Gabungan politik yang utama pada masa kini jauh berbeza berbanding tahun 2018. Panduan ini menjejak pertukaran sekutu dalam gabungan politik.

FAQ tentang mengundi

Ada orang memandang mengundi sebagai satu tanggungjawab. Ada pula yang melihatnya sebagai satu hal yang sia-sia. Dalam panduan ini, mari belajar tentang tujuan mengundi, apa yang anda harus pertimbangkan ketika mengundi, dan bagaimana untuk membuang undi.

Sedang memuat turun...

Kongsikan

Kredit

Diterbitkan oleh Kini News Lab pada 20 Okt 2022.
Artikel ini juga dihasilkan dengan sokongan Mapbox.

Penyelaras projek
Andrew Ong & Lee Long Hui
Penyelidik & Penulis
Andrew Ong & Lee Long Hui
Reka bentuk & Pengaturcara
Yan Jing Tian, Ooi Choon Nam & Lee Long Hui
Ilustrasi
Yan Jing Tian & Syariman Badrulzaman
Penterjemah
M Fakhrull Halim
Kini News Lab logo background
introKini News Lab
Kini News Lab ialah pasukan khas di Malaysiakini yang dikhususkan untuk penceritaan visual dan kewartawanan data.

Loading...

logo
Kini News Lab
Kini News Lab merupakan pasukan khas yang mengkhususkan bidang kewartawanan data dan penceritaan visual.
Suka hasil kerja kami?
Sumbanglah untuk projek yang akan datang.
Sokong kami
Langgan sekarang