Malaysiakini GE15 manifesto1 page featured image 1
Pilihan raya umum Malaysia 2022

PERBANDINGAN MANIFESTO

Apa janji parti-parti bertanding?

Panduan ini merangkumkan janji-janji pilihan raya dari gabungan-gabungan politik utama bagi memudahkan anda membuat perbandingan.

Kami hanya menyenaraikan janji-janji yang boleh diukur dan inisiatif yang bukan sedang dalam pelaksanaan (contohnya: menambah bilangan guru).

Sesetengah janji-janji akan muncul dalam lebih dari satu kategori. Janji-janji ini disusun dari kiri ke kanan, mengikut aturan bila ia dilancarkan – PH (2 Nov), PN (6 Nov) dan BN (7 Nov).

Bagi memberikan maklum balas berhubung laman ini, boleh emel kami.

Pemberian tunai

ph logo

PH

  • Kad subsidi atau e-wallet buat petani.

pn logo

PN

  • Menaikkan kadar elaun sara hidup (Cola) penjawat awam sebanyak RM100.

  • Bantuan awal pengajian sebanyak RM1,000 kepada pelajar baru yang mendaftar di IPT.

  • Insentif RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang melanjutkan pengajian di IPT yang diiktiraf.

  • Bantuan Tanaman Padi tunai RM1,200 setahun kepada pesawah.

  • Bantuan Musim Tengkujuh RM800 setahun kepada pekebun kecil.

bn logo

BN

  • Memperkenalkan Skim Bantuan Pendapatan Asas yang dikreditkan secara automatik setiap bulan, bagi memastikan setiap isi rumah dapat menikmati pendapatan minimum RM2,208.

  • Insentif RM500 secara sekali bayar kepada pasangan penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang menimang cahaya mata.

Anti rasuah

ph logo

PH

  • Semua ahli parlimen PH, penjawat awam kanan, pengerusi GLC serta pasangan dan ahli keluarga terdekat mesti membuat pengisytiharan harta.

  • Meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bagi membolehkan pemberi maklumat mendedahkan penyelewengan secara terus ke media.

  • Rundingan langsung hanya dibenarkan untuk hal keselamatan negara tetapi tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang diketuai anggota blok pembangkang.

  • Menggubal Akta Perolehan Kerajaan bagi mengawal selia proses perolehan aset pertahanan.

  • Kementerian Kewangan menyediakan senarai harga bekalan yang dikemas kini dua kali setahun.

  • Bagi perolehan awam, sistem RFP dan tender terbuka akan dilaksanakan.

  • Pencalonan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dwipartisan.

  • Klasifikasi Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Parlimen dan bukannya budi bicara menteri, kecuali terhadap perkara yang boleh menggugat keselamatan negara.

pn logo

PN

  • Mewujudkan Mahkamah Anti Rasuah

bn logo

BN

  • Menaiktaraf Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai sebuah suruhanjaya bebas.

Pembaharuan institusi

ph logo

PH

  • 10 tahun had tempoh perkhidmatan buat perdana menteri, menteri besar, dan ketua menteri.

  • Mewujudkan sistem ‘ombudsman’ bagi menangani masalah salah laku dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam termasuk pihak berkuasa.

  • Memperkenalkan Akta Pendanaan Politik bagi mengawal selia pendanaan politik.

  • Pencalonan bagi lantikan pendakwa paya, jawatan-jawatan utama SPRM, Suruhanjaya Pilihan Raya dan ketua polis negara perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

  • Klasifikasi Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Parlimen dan bukannya budi bicara menteri, kecuali terhadap perkara yang boleh menggugat keselamatan negara.

  • Pendakwa raya, jawatan-jawatan utama SPRM, SPR, dan ketua polis negara akan diberikan jaminan jawatan supaya tempoh perkhidmatan mereka tidak ditamat sewenang-wenangnya oleh perdana menteri.

  • Pemisahan kuasa antara pendakwa raya dan peguam negara.

pn logo

PN

  • Menetapkan kuota sekurang-kurangnya dua senator belia dalam Dewan Negara.

  • Menggubal akta atau peraturan pendanaan politik, antara lain bagi menghalang penerimaan sumbangan dana politik daripada luar negara.

bn logo

BN

  • Menubuhkan Jawatankuasa Belia Bagi Semakan Polisi di Parlimen.

  • Lantikan jawatan-jawatan utama negara seperti ketua pesuruhjaya SPRM, pengerusi SPR dan gabenor Bank Negara akan disaring oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

  • Pemisahan kuasa peguam negara dan pendakwa raya.

  • Menaiktaraf Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai sebuah suruhanjaya bebas.

Pembaharuan pilihan raya

ph logo

PH

  • Akta Penggal Tetap Parlimen bagi memastikan pembubaran Parlimen dan DUN hanya dilakukan apabila penggalnya tamat bagi mengurangkan ketidaktentuan politik.

  • Memperluas hak mengundi kepada pengundi luar kawasan terutama diaspora Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia, dan juga sebaliknya.

  • Menyelesaikan ketidakseimbangan saiz pengundian yang melampau dengan melaksanakan had sisihan sebanyak 30 peratus daripada purata saiz populasi mengundi kawasan pilihan raya.

pn logo

PN

Tiada

bn logo

BN

Tiada

Pembaharuan Parlimen

ph logo

PH

  • Menubuhkan Pejabat Belanjawan Parlimen (PBO).

  • Menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) sama rata kepada semua ahli parlimen.

  • Mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen bagi membolehkan Parlimen memiliki pentadbiran, kakitangan dan pembiayaan sendiri, bukannya dikawal oleh kerajaan.

pn logo

PN

  • Menetapkan kuota sekurang-kurangnya dua senator belia dalam Dewan Negara.

bn logo

BN

  • ​​Menubuhkan Jawatankuasa Belia Bagi Semakan Polisi di Parlimen.

  • Kuota belia sebagai senator dalam Dewan Negara.

Iklan

Kebebasan media

ph logo

PH

  • Menubuhkan Majlis Media untuk mengawal selia industri media dan menjamin kebebasan media.

  • Akta Kebebasan Maklumat.

  • Menyemak semula atau memansuhkan Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

pn logo

PN

Tiada

bn logo

BN

Tiada

Pendidikan

ph logo

PH

  • Memansuhkan ​​akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

  • Biasiswa B40 buat golongan kurang berkemampuan.

  • Peruntukan adil buat semua sekolah kerajaan dan sekolah dibantu kerajaan.

  • Menambah peruntukan program sarapan percuma.

  • Memperkenalkan Biasiswa Perintis bagi belia yang berminat menceburi bidang ekonomi baharu seperti industri penjagaan, sektor pertanian moden dan sektor hijau.

  • Belanjawan khas buat generasi tercicir (lost generation) yang tidak menerima pendidikan sewajarnya ekoran kemiskinan atau tinggal di pedalaman semasa pandemik Covid-19.

  • Peruntukan pendidikan khas OKU.

  • Pengampunan hutang PTPTN bersasar buat golongan miskin dan isi rumah B40.

  • Menubuhkan badan kuasa berpusat bebas untuk menguruskan institusi TVET demi memastikan proses akreditatsi dapat diselaraskan.

  • Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat am kelayakan memasuki IPTA, dengan syarat pemohon mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.

pn logo

PN

  • Akses kepada peranti digital untuk murid di seluruh negara.

  • Peranti digital bagi siswa dari keluarga B40 dan M40 yang layak.

  • Menyediakan internet laju dalam bilik darjah dan bilik guru di semua sekolah.

  • Menambah bilangan pembantu pengurusan murid di sekolah.

  • Meningkatkan kadar enrolmen murid dalam bidang STEM.

  • Menaikkan elaun bulanan guru KAFA sebanyak 50 peratus ke RM1,500.

  • Komputer riba untuk semua guru.

  • Meningkatkan kadar pelepasan cukai bagi simpanan pendidikan SSPN dari RM8,000 kepada RM10,000 sehingga tahun 2027.

  • Bantuan awal pengajian RM1,000 kepada semua pelajar baru mendaftar di IPT.

  • Peruntukan khas penyelenggaraan sekolah sekurang-kurangnya RM2.5 bilion setahun bagi tempoh 2023 hingga 2025.

  • Peruntukan RM50 juta setahun untuk pembangunan infrastruktur dan pembelajaran bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

bn logo

BN

  • Sistem persekolahan tanpa buku teks dengan pemberian komputer riba percuma kepada semua pelajar B40.

  • ​​Membangunkan sebuah universiti awam wanita pertama.

  • Melebarkan jaringan internet 5G dan Wifi awam di semua sekolah dalam tempoh 18 bulan.

  • Meluaskan pembiayaan penuh PTPTN kepada pelajar M40. Buat masa ini, pemohon dari keluarga berpendapatan isi rumah lebih RM8,000 hanya layak mendapat 50 peratus pinjaman.

  • ​​Memberikan autonomi penuh kepada IPT awam.

  • Melaksanakan program khas pendidikan kepada murid tercicir akibat Covid-19.

  • Memperkenal pembelajaran bahasa komunikasi asas di sekolah – Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun dan lain-lain.

  • Memperkenalkan bayaran semula PTPTN berdasarkan pendapatan atau tangga gaji selepas setahun bekerja.

  • Mengurangkan kos pengajian tinggi sehingga separuh, dengan pengenalan sistem pengajian anjal (50 peratus di kampus dan 50 peratus dalam talian/ jarak jauh).

  • Menjadikan PTPTN sebuah yayasan tabung amanah pendidikan nasional yang akan diberdayakan melalui endowmen dan infak masyarakat.

  • Pengajian tinggi percuma kepada semua individu dari keluarga B40.

  • Menambah 10 peratus lagi bilangan guru pakar.

Kesihatan

ph logo

PH

  • Meminda Seksyen 309 Kanun Keseksaan, agar percubaan membunuh diri tidak lagi dianggap sebagai jenayah.

  • Menubuhkan Suruhanjaya Kesihatan untuk merangka dan memantau pelaksanaan Pelan Reformasi Kesihatan Negara bersama agensi-agensi kerajaan.

  • Meluaskan skim mySalam dan PeKaB40 kepada golongan M40.

  • Meningkatkan Belanjawan Kesihatan Awam kepada 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam masa lima tahun.

  • Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menangani isu doktor kontrak dan mengukuhkan pengurusan sumber manusia, perjawatan, latihan dan perkembangan kerjaya petugas kesihatan.

  • Pelaksanaan sistem syif bagi membolehkan perkhidmatan kepakaran diberikan kepada setiap lapisan masyarakat serta mengoptimumkan penggunaan fasiliti kesihatan dan perubatan kerajaan.

pn logo

PN

  • Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menguruskan sumber manusia dalam sektor kesihatan awam.

  • Mewujudkan kad Prihatin Nasional bagi memberi akses kepada perkhidmatan kesihatan terpilih secara percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan.

  • Menambah bilangan doktor pakar dan menaik taraf hospital daerah.

bn logo

BN

  • Menambah peruntukan kesihatan tahunan dari RM36 bilion ke RM77 bilion menjelang 2027, atau 5 peratus dari KDNK.

  • Membangunkan sebuah Hospital Pakar Awam Wanita (Hawa).

Keselamatan sosial

ph logo

PH

  • Meluaskan skim mySalam dan PeKaB40 kepada golongan M40.

  • Skim jaminan keselamatan sosial buat pekerja gig, meliputi insurans hayat percuma dengan pampasan khairat kematian sehingga RM10,000.

  • Memperluas elaun khas kehilangan pekerjaan kepada pekerja kontrak selagi mereka masih aktif mencari pekerjaan baru.

pn logo

PN

  • Mewajibkan syarikat p-hailing dan e-hailing menyediakan perlindungan insurans takaful kepada semua pekerja.

  • Mewujudkan kad Prihatin Nasional bagi memberi akses kepada perkhidmatan kesihatan terpilih secara percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan.

  • Menubuhkan MyPrihatin – sebuah pusat sehenti baru dan pangkalan data tunggal untuk semua penyampaian bantuan kerajaan.

  • Skim insurans kesihatan percuma untuk semua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

  • Perkhidmatan bas sekolah dan pusat penjagaan percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar.

  • Menurunkan caruman minimum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah kepada RM100 dari RM120 sebelum ini.

bn logo

BN

  • Mencapai sifar kemiskinan tegar dan mutlak menjelang tahun 2025.

  • Memperkenalkan Skim Bantuan Pendapatan Asas yang dikreditkan secara automatik setiap bulan, bagi memastikan setiap isi rumah dapat menikmati pendapatan minimum RM2,208.

  • Pengajian tinggi percuma kepada semua individu dari keluarga B40.

  • Meningkatkan cakupan had gaji kelayakan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dari RM5,000 ke RM8,000 bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Penjagaan kanak-kanak

ph logo

PH

  • Mempercepat penambahan 1,500 pelindung kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mencapai nisbah ideal seorang pegawai untuk 30 kanak-kanak.

  • Subsidi penjagaan kanak- kanak kepada wanita bekerja dari golongan B40 dan M40.

  • Menubuhkan Jabatan atau Agensi Kanak-kanak bagi mengawal selia ancaman terhadap kanak-kanak seperti penderaan, gangguan seksual dan juga pengabaian.

  • Meneruskan pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Kanak-kanak 2025, yang telah dilaksanakan sejak 2020.

  • Penubuhan Jawatankuasa Kanak-kanak di Peringkat Mahkamah Sivil dan Syariah untuk menangani isu seperti perkahwinan bawah umur, hak penjagaan anak serta hak lawatan. Ia akan memastikan kepentingan kanak-kanak dipenuhi ketika perbicaraan berlangsung.

  • Manfaat Kanak-kanak Sejagat – bantuan tunai didepositkan setiap bulan sehingga kanak-kanak berumur 6 tahun, bagi mangatasi masalah kekurangan nutrisi.

pn logo

PN

  • Perkhidmatan bas sekolah dan pusat penjagaan percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar.

bn logo

BN

  • Menyediakan asuhan nasional percuma untuk semua kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

Iklan

Penjagaan warga emas

ph logo

PH

  • Elaun buat penjaga yang terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anggota keluarga yang ditimpa musibah.

  • Skim mesra warga emas – Baucar Jom Shopping bernilai RM100, khairat kematian bernilai RM1,000 dan Jom Travel yang menyediakan pengangkutan bas percuma kepada warga emas mengunjungi pusat pelancongan tempatan.

  • Menggubal Akta Warga Emas dan menekan kepentingan Dasar Penuaan Aktif.

  • Penubuhan Agensi atau Jabatan Warga Emas yang akan memberikan lebih perhatian dalam menjaga kebajikan dan menangani permasalahan berkaitan warga emas.

  • Perjalanan pengangkutan awam percuma bagi golongan warga emas berbanding diskaun 50 peratus pada masa kini.

  • Menjadikan “fasiliti penjagaan sehenti” sebagai salah satu syarat perancangan pembangunan.

  • Penstrukturan semula Perkeso untuk memasukkan Skim Perlindungan Warga Emas sebagai jaringan keselamatan selepas persaraan.

  • Insentif pelepasan cukai serta bantuan kewangan bagi majikan yang melatih dan mengambil golongan warga emas untuk bekerja.

pn logo

PN

  • Menubuhkan Jabatan Warga Emas.

  • Memperkenalkan skim lawatan doktor ke rumah warga emas.

bn logo

BN

  • Menggubal Akta Penjagaan Warga Emas untuk mewujudkan perlindungan dan penjagaan warga emas yang lebih baik.

Kerakyatan

ph logo

PH

  • Meminda Perkara 14(1) (b) Perlembagaan Persekutuan agar ibu warga Malaysia yang melahirkan anak di luar negara dapat menurunkan kewarganegaraan Malaysia kepada anak mereka seperti kaum bapa.

  • Meminda Perkara 15(2) bagi menjamin kerakyatan bagi kanak-kanak yang lahir di Malaysia kepada salah seorang ibu atau bapa warga Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

  • Kewarganegaraan Malaysia secara automatik bagi golongan warga emas (60 tahun) yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang berstatus warganegara Malaysia.

  • Menyelesaikan masalah tiada kewarganegaraan bagi kumpulan minoriti menerusi satu jawatankuasa khas di bawah JPM dan laporannya dibentangkan di Parlimen.

pn logo

PN

  • Memuktamadkan kajian pindaan perkara 14(1) (b) Perlembagaan Persekutuan untuk kewarganegaraan anak yang dilahirkan oleh ibu berwarganegara Malaysia dengan suami warganegara asing di luar negara.

bn logo

BN

  • Meminda Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan bagi memastikan hak kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan wanita Malaysia di luar negara.

  • Menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi Kehormatan Insan (Insani) untuk menyelesaikan semua kes anak tidak sah taraf dan kanak-kanak tanpa dokumen dan hak mereka mendapatkan pendidikan.

Wanita

ph logo

PH

  • Subsidi penjagaan kanak-kanak kepada wanita bekerja dari golongan B40 dan M40.

  • Tuala wanita dan tampon percuma di sekolah rendah dan menengah serta wanita B40 di lokasi-lokasi strategik.

  • Jaminan terhadap aspek keterangkuman gender dalam setiap rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen.

  • Meneruskan usaha dalam Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Kanak-kanak 2025 yang telah dilaksanakan pada 2020.

pn logo

PN

  • Melaksanakan intervensi agresif bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam jawatan utama di sektor awam dan swasta menjelang 2025.

  • Memperkenalkan Kad Kasih Ibu di peringkat nasional bagi memudahkan pembelian barangan keperluan asas di kedai terpilih pada harga diskaun. Kini pelaksanannya di Perak dan Perlis.

  • Menurunkan caruman minimum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah kepada RM100 dari RM120 sebelum ini.

  • Pelepasan cukai RM1,000 bagi wanita bekerja.

bn logo

BN

  • Skim subsidi nasional untuk ujian mamogram dan saringan barah serviks.

  • Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Wanita.

  • Mewujudkan Bank Pembangunan Ekonomi Wanita.

  • Menubuhkan Akademi Kepimpinan Wanita di sebuah universiti awam.

  • Membangunkan sebuah Hospital Pakar Awam Wanita (Hawa).

  • ​​Membangunkan sebuah universiti awam wanita pertama.

  • Insentif RM500 kepada pasangan penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang menimang cahaya mata.

  • Mengecualikan sepenuhnya cukai pendapatan (0 peratus) selama 5 tahun kepada wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah berehat daripada kerjaya.

  • Potongan cukai kepada majikan yang memperkenalkan sistem waktu kerja anjal kepada golongan ibu yang bekerja.

Belia

ph logo

PH

  • Tiket kapal terbang pada kadar harga tetap (RM199), dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak – dan sebaliknya – dengan had dua tiket setahun bagi setiap mahasiswa.

  • Kad Belia – naik taraf dari Kad Siswa – untuk anak muda berumur antara 13 hingga 25 tahun. Ia merupakan kad promosi dan diskaun.

  • Subsidi RM500 untuk latihan oleh HRD Corp.

pn logo

PN

  • Menetapkan kuota sekurang-kurangnya dua senator belia dalam Dewan Negara.

  • Mewujudkan dana khas pengantin baru buat pasangan muda untuk membina keluarga.

  • Menaikkan elaun latihan amali/praktikal di sektor awam kepada RM1,200 sebulan.

  • Pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak 25 peratus kepada graduan dengan keputusan kelas kedua atas.

  • Insentif RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang melanjutkan pengajian di IPT yang diiktiraf.

  • Pembiayaan perumahan tanpa faedah bagi keluarga muda.

bn logo

BN

  • Menubuhkan Jawatankuasa Belia Bagi Semakan Polisi di Parlimen.

  • Dana Keusahawanan Belia bernilai RM300 juta.

  • Kuota belia sebagai senator dalam Dewan Negara.

OKU

ph logo

PH

  • Melantik pesuruhjaya OKU dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

  • Memastikan projek pembangunan menepati reka bentuk sejagat.

  • Menubuhkan sebuah agensi khas untuk menyelaras bantuan dan peruntukan dari pelbagai kementerian buat OKU.

  • Peruntukan khas pendidikan buat OKU.

pn logo

PN

  • Memperkenalkan Dana Niaga Khas RM20 juta bagi membantu usahawan OKU.

bn logo

BN

  • RM10 juta setahun sebagai baucar perjalanan OKU yang menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Iklan

Hak minoriti

ph logo

PH

  • Menangani segala bentuk halangan diskriminasi dalam pendidikan, tempat kerja dan penyewaan kediaman.

  • Mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat salah guna kuasa dan rasuah bagi dana seperti Maika Holdings, MIED, SEED, SEDIC, NAAM, Penjana Kerja dan Mitra.

  • Memperkenalkan dana khas “Makkal Malarchi” untuk pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

  • Menyelesaikan masalah tiada kewarganegaraan bagi kumpulan minoriti menerusi satu jawatankuasa khas di bawah JPM dan laporannya dibentangkan di Parlimen.

pn logo

PN

  • Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Pembangunan Sosioekonomi dan Hak Orang Asli.

  • Kuota penempatan khas bagi masyarakat India dalam program Dermasiswa B40 TVET.

bn logo

BN

Tiada

Hak Orang Asal

ph logo

PH

  • Memastikan rakyat memperoleh geran tanah menerusi Program Khas Perkhidmatan Negeri Sabah (Pantas), dengan peruntukan RM100 juta setiap tahun sehingga masalah diselesaikan.

  • Menubuhkan satu Tribunal Tanah untuk mengendalikan pertikaian Hak Tanah Adat.

  • Mewujudkan Jabatan Kehakiman Anak Negeri bagi memperkasa Mahkamah Anak Negeri Sabah. Mengiktiraf dan memberi pensijilan kepada kakitangan Mahkamah Anak Negeri menerusi Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN).

pn logo

PN

Tiada

bn logo

BN

Tiada

Sabah & Sarawak

ph logo

PH

  • Membuat bayaran tahunan kepada Sabah pada kadar 40 peratus dari hasil wilayah itu berdasarkan Perkara 112C dan Subseksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh dalam Perlembagaan Persekutuan.

  • Menubuhkan Majlis Penyelarasan Pentadbiran Negara melibatkan agensi yang beroperasi secara autonomi bagi wilayah Sabah, Sarawak, dan Semenanjung.

  • Dua timbalan perdana menteri akan dilantik, seorang dari wilayah Sabah dan Sarawak dan seorang dari Semenanjung. Kedua-duanya akan memudahcara urus tadbir Majlis Penyelarasan Pentadbiran Negara.

  • Memastikan 35 peratus perwakilan Parlimen adalah dari Wilayah Sabah dan Sarawak.

  • Menyerahkan urus tadbir Sabah Electricity Sdn Bhd dari Tenaga Nasional Bhd ke satu entiti lain.

  • Mengembalikan kuasa melantik Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak kepada Tuan Yang Terutama (TYT) kedua-dua wilayah.

  • Dua IPTA baru dibina di Sabah dan Sarawak.

pn logo

PN

  • Menubuhkan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak.

bn logo

BN

  • Mengembalikan perkhidmatan Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung dan Wilayah Sabah dan Sarawak.

Alam sekitar

ph logo

PH

  • Menggubal Akta Jerebu Rentas Sempadan dan memperkasa kerangka kerjasama antara negara jiran serantau bagi penguatkuasaan undang-undang berkaitan pencegahan pencemaran.

  • Dana pembiayaan hutan sekurang-kurangnya RM1 bilion kepada kerajaan negeri sebagai insentif untuk tidak menyahwarta hutan simpan.

  • Meningkatkan peratusan Kawasan Perlindungan Marin kepada 30 peratus menjelang 2030.

  • Menggubal Akta Perubahan Iklim yang menetapkan sasaran pelepasan karbon dan liputan hutan menjelang 2040.

pn logo

PN

  • Mewujudkan Badan Bertindak Bencana Alam dan Perubahan Iklim khusus bagi menangani banjir dan bencana alam dengan lebih efektif.

bn logo

BN

  • Menubuhkan dana khusus bagi membantu mangsa bencana alam akibat pencemaran alam sekitar.

  • Menaikkan litupan kawasan hutan kepada 60 peratus.

Perumahan

ph logo

PH

  • Memperkenalkan semula dana RM3 bilion untuk menjamin pembiayaan rumah bagi pembeli

  • Meluaskan peranan tribunal perumahan untuk merangkumi kepentingan penyewa.

  • Pengecualian duti setem 100 peratus untuk pemilik rumah kali pertama bagi hartanah bawah RM500,000.

  • Memperkenalkan skim bagi membolehkan penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) memiliki rumah tersebut.

  • Mengambil alih penyelenggaraan pangsapuri kos rendah.

pn logo

PN

  • Menawarkan Skim Perumahan Mikro Belia Mampu Sewa di bandar-bandar utama.

  • Peruntukan khas RM2.5 bilion setahun bagi penyelenggaraan kuarters kerajaan persekutuan untuk tempoh 2023 hingga 2025.

bn logo

BN

  • Melebarkan cakupan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membantu 50,000 peminjam tanpa pendapatan tetap dalam mendapatkan pinjaman perumahan, seperti pekerja e-hailing.

Iklan

Cukai

ph logo

PH

  • Insentif pelepasan cukai serta bantuan kewangan bagi majikan yang melatih dan mengambil golongan warga emas untuk bekerja.

pn logo

PN

  • Meningkatkan kadar pelepasan cukai bagi simpanan pendidikan SSPN dari RM8,000 ke RM10,000 sehingga tahun 2027.

  • Kategori pengecualian cukai baru untuk pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gimnasium, dan perbelanjaan gaya hidup sihat yang lain. Sehingga RM3,000.

  • Pelepasan cukai RM1,000 bagi wanita bekerja.

  • Potongan cukai khas bagi pekerja sektor ekonomi gig sepenuh masa yang berdaftar.

bn logo

BN

  • Potongan cukai sehingga RM5,000 setahun kepada majikan untuk aktiviti latihan pekerja.

  • Potongan cukai kepada syarikat yang mempunyai kemajmukan gender dan kaum dalam peringkat pengurusan.

  • Potongan cukai pendapatan 2 peratus buat mereka yang pendapatan RM50,000 hingga RM100,000 setahun.

  • Mengecualikan sepenuhnya cukai pendapatan (0 peratus) selama 5 tahun kepada wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah berehat daripada kerjaya.

  • Potongan cukai kepada majikan yang memperkenalkan sistem waktu kerja anjal kepada golongan ibu yang bekerja.

Pengangkutan

ph logo

PH

  • Perjalanan pengangkutan awam percuma bagi warga emas berbanding diskaun 50 peratus pada masa kini.

  • Mengurangkan lagi tol Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

  • Memperkenalkan had tambang RM5 sehari bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

  • Memperkenalkan peraturan bagi membenarkan penggunaan kenderaan mobiliti mikro seperti e-skuter dan e-basikal bagi menyediakan ‘first and last mile connection’ (menggunakan pengangkutan awam dari awal hingga ke akhir perjalanan)

pn logo

PN

  • Mewajibkan syarikat p-hailing dan e-hailing menyediakan perlindungan insurans takaful kepada semua pekerja.

bn logo

BN

  • Mengembalikan perkhidmatan Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung dan Wilayah Sabah dan Sarawak.

Sumber manusia

ph logo

PH

Tiada

pn logo

PN

  • Menambah peluang latihan industri dalam syarikat berkaitan kerajaan dengan kadar elaun minimum RM1,000.

bn logo

BN

  • Baucar kredit sehingga RM10,000 setahun kepada majikan PKS untuk aktiviti latihan.

  • Menggubal Akta Kontraktor Tanggungan bagi melindungi hak, pendapatan dan kebajikan pekerja gig, pemandu e-hailing, penghantar makanan dan lain-lain.

  • Menubuhkan Pusat Penempatan Nasional dan Pusat Satelit MyFuturejobs di UTC bagi membantu pencari kerja.

  • Menubuhkan Kumpulan Wang Pengekalan Kerja yang dicarum bersama oleh kerajaan, pekerja dan majikan bagi mengelakkan pemberhentian pekerja secara serta-merta semasa krisis ekonomi dan darurat nasional.

  • Memperkenalkan Program Perantisan Nasional kepada pelatih kemahiran.

  • Mewajibkan bayaran elaun minimum kepada mereka yang melakukan latihan amali.

  • Cuti bergaji pada hari lahir pekerja.

  • Potongan cukai sehingga RM5,000 setahun kepada majikan untuk aktiviti latihan pekerja.

Perniagaan

ph logo

PH

  • Mewarta Zon Perdagangan Bebas di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan Sandakan serta Taman Perindustrian Minyak & Gas Sipitang (SOGIP).

  • Menubuhkan Pusat Pendigitalan Sehenti untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana memohon insentif pendigitalan.

pn logo

PN

  • Menyediakan insentif khas Skim Prihatin PMKS bagi menggalakkan pendigitalan dan pengautomasian.

  • Mewujudkan pusat sehenti untuk menambah usahawan Bumiputera menceburi perniagaan dalam bidang teknologi tinggi dan ekonomi masa hadapan.

  • Memperkenalkan Dana Niaga Khas RM20 juta bagi membantu usahawan OKU.

  • Dana Agropreneur Bumiputera sebanyak RM1 bilion buat usahawan bumiputera.

  • Tabung Khas Galakan Pelaburan berjumlah RM5 bilion bagi menjadikan Malaysia paksi industri masa hadapan di Asia Tenggara.

  • Moratorium atau penstrukturan semula pembiayaan secara bersasar buat pengusaha perniagaan.

  • Internet percuma setahun bagi syarikat pemula digital untuk menggalakkan inovasi teknologi.

bn logo

BN

  • Menubuhkan Dana Keusahawanan Belia bernilai RM300 juta.

Jaminan makanan

ph logo

PH

  • Meningkatkan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dari RM360 per tan kepada RM500 per tan bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran.

  • Kad subsidi atau e-wallet untuk petani.

pn logo

PN

  • Peruntukan RM1 bilion dana Fund for Food bagi menstabilkan harga makanan.

  • Menubuhkan sebuah entiti untuk memastikan stok simpanan bahan makanan asas negara dapat memenuhi keperluan rakyat.

  • Mewujudkan enam “hab mega” Pengeluaran Makanan Negara bagi mencapai tahap sara diri negara.

  • Memperkenalkan skim keusahawanan Felda bagi menggalakkan penglibatan usahawan muda dalam aktiviti pertanian bernilai tinggi melalui penggunaan teknologi terkini dan automasi.

bn logo

BN

  • Memperkasa Bantuan Musim Tengkujuh untuk petani dan nelayan.

  • Mewujudkan Skim Latihan dan Bantuan Kewangan bagi membantu nelayan untuk meneroka potensi perikanan laut dalam.

  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Pertanian bagi melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca dan penyakit.

  • Mewajibkan 10 peratus ladang GLC dikhususkan untuk penghasilan makanan.

  • Menghapuskan approved permit (AP) dalam import agro-makanan.

  • Melahirkan dan melatih 5,000 petani di bawah umur 40 tahun dalam tempoh 5 tahun.

Iklan

Industri kreatif

ph logo

PH

  • Menubuhkan badan filem yang bebas, profesional, telus dan bertanggungjawab untuk mengawal selia filem dan menambah baik struktur sedia ada.

  • Dana budaya kreatif untuk sekolah

  • Menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk membuat kajian menyeluruh tentang hala tuju industri kreatif negara yang melibatkan Finas, Aswara, Seniman dan pemegang taruh lain.

  • Mempermudah sistem pelesenan buat penggiat seni tempatan.

pn logo

PN

Tiada

bn logo

BN

Tiada

Ekonomi digital

ph logo

PH

Tiada

pn logo

PN

  • Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor ekonomi digital dan masa hadapan dalam tempoh lima tahun.

bn logo

BN

  • 100 peratus liputan Internet di seluruh negara termasuk semua kawasan luar bandar dalam masa 30 bulan.

Penjawat awam

ph logo

PH

Tiada

pn logo

PN

  • Menaikkan kadar elaun sara hidup (Cola) penjawat awam sebanyak RM100.

  • Menambah Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung daripada 15 ahli ke 20 ahli.

bn logo

BN

Tiada

Jenayah

ph logo

PH

Tiada

pn logo

PN

Tiada

bn logo

BN

  • Hukuman lebih berat bagi pemanduan mabuk atau khayal di bawah pengaruh alkohol/dadah.

  • Memperkenalkan Program Kemahiran, Bimbingan dan Anjakan Ikhtisas (Kembali) bagi memberi peluang kedua kepada bekas banduan/penagih/pesalah juvana dan lain-lain.

Tindak balas bencana

ph logo

PH

  • Bayaran bantuan mengikut nilai kerugian sehingga RM50,000 untuk setiap rumah yang terkesan dari bencana.

pn logo

PN

  • Mewujudkan Badan Bertindak Bencana Alam dan Perubahan Iklim khusus bagi menangani banjir dan bencana alam dengan lebih efektif.

bn logo

BN

  • Menubuhkan dana khusus bagi membantu mangsa bencana alam akibat pencemaran alam sekitar.

Iklan

Royalti minyak

ph logo

PH

Tiada

pn logo

PN

  • Bayaran tunai hasil petroleum secara terus kepada semua kerajaan negeri terlibat berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

bn logo

BN

Tiada

Sukan

ph logo

PH

  • Mendigitalkan proses permohonan visa bagi atlet sukan antarabangsa dan atlet e-sukan demi menyokong pembangunan industry pelancongan sukan.

pn logo

PN

Tiada

bn logo

BN

  • Membina litar sukan pemotoran dengan peruntukkan RM20 juta setahun.

Pelancongan

ph logo

PH

  • Pengangkutan bas percuma Jom Travel buat warga emas mengunjungi pusat pelancongan tempatan.

pn logo

PN

  • RM1 bilion dana khas bagi mewujudkan produk baru pelancongan domestik bernilai tinggi.

bn logo

BN

Tiada

Kewangan

ph logo

PH

Tiada

pn logo

PN

  • Meningkatkan produk perbankan Islam sehingga 50 peratus dalam tempoh lima tahun.

bn logo

BN

  • Mewujudkan Bank Pembangunan Ekonomi Wanita.

Sedang memuat turun...

Kongsikan

Kredit

Diterbitkan oleh Kini News Lab pada 20 Okt 2022.
Artikel ini juga dihasilkan dengan sokongan Mapbox.

Penyelaras projek
Andrew Ong & Lee Long Hui
Penyelidik & Penulis
Andrew Ong & Lee Long Hui
Reka bentuk & Pengaturcara
Yan Jing Tian, Ooi Choon Nam & Lee Long Hui
Ilustrasi
Yan Jing Tian & Syariman Badrulzaman
Penterjemah
M Fakhrull Halim
Kini News Lab logo background
introKini News Lab
Kini News Lab ialah pasukan khas di Malaysiakini yang dikhususkan untuk penceritaan visual dan kewartawanan data.

Loading...

logo
Kini News Lab
Kini News Lab merupakan pasukan khas yang mengkhususkan bidang kewartawanan data dan penceritaan visual.
Suka hasil kerja kami?
Sumbanglah untuk projek yang akan datang.
Sokong kami
Langgan sekarang