backgroundImg

Berapa kos besarkan seorang anak?

Kini News Lab | 25 September 2024

Kos membesarkan anak yang tinggi sering disebut sebagai faktor penurunan kadar kesuburan keseluruhan. Tetapi berapakah kos yang sebenar? Jom tengok.

Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) yang semakin menurun di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Jabatan Perangkaan, hanya tiga negeri di Malaysia mempunyai TFR yang sama atau lebih tinggi daripada 2.1 bayi untuk setiap wanita atau kadar penggantian.

Kadar penggantian merujuk jumlah kelahiran yang diperlukan untuk menggantikan ibu bapa dalam populasi supaya memastikan penduduk negara kekal stabil.

Ini bermakna secara purata, setiap wanita di Malaysia mempunyai kurang daripada dua orang anak.

Kos membesarkan anak sering disebut sebagai faktor utama bagi memilih berkeluarga kecil. Jadi, berapakah kos sebenar? Jom tengok.

Berapa peratus daripada pendapatan isu rumah anda digunakan untuk membesarkan anak?

Untuk mulakan kiraan, sila masukkan pendapatan isi rumah anda.

Kadar default yang tertera RM6,338, iaitu pendapatan isi rumah median pada tahun 2022. Sila taip atau gunakan slider jika pendapatan isi rumah anda berbeza.
RM
(Jangan risau! Kami tak simpan data anda.)

Bagi isi rumah berpendapatan median, jumlah yang dibelanjakan untuk dua anak dalam enam tahun pertama dianggarkan RM254,304! Jumlah itu cukup untuk membeli hartanah atau kenderaan secara tunai atau mendapat pulangan yang baik daripada pelaburan.