Soalan Lazim

Panduankini

  • 2 bulan yang lepas

    Pakej rangsangan RM250 bilion, apa maksudnya?

  • 2 bulan yang lepas

    Covid-19: Bagaimana dilakukan? Siapa patut diuji?

  • 3 bulan yang lepas

    Keluar rumah, rentas negeri: Apa anda perlu tahu tentang perintah kawalan pergerakan

Soalan lazim

  • Saya rasa sakit tekak / demam / batuk. Perlukah saya mengambil ujian Covid-19?

    Q. Mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19?

    Bekerja, tinggal atau bercuti bersama individu positif Covid-19, atau menjaga pesakit Covid-19 tanpa memakai pakaian perlindungan (PPE)?

    Dan/atau

    Q. Melawat luar negara dalam tempoh 14 hari yang lalu?

    Ya
    Tidak

    Sila ambil ujian Covid-19
    KKM akan hubungi anda jika anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19. Tunggu panggilan mereka atau hubungi KKM di talian di bawah.

    Mereka yang pulang dari luar negara akan dibawa terus dari lapangan terbang ke pusat kuarantin.

    Ia berkemungkinan besar bukan Covid-19. Jika anda masih sangsi, sila hubungi talian di bawah.


  • Apa terjadi jika saya diuji untuk Covid-19?

    Q. Sementara menunggu keputusan, adakah anda berasa tidak sihat atau tidak mampu kuarantin di rumah?

    Ya
    Tidak

    Anda akan dimasukkan dalam wad isolasi untuk rawatan dan pemerhatian.

    Anda akan dikuarantin selama 14 hari di rumah. Perhatikan tahap kesihatan anda. Pihak KKM akan menghubungi anda dengan kerap untuk memastikan anda tidak bergejala dalam tempoh kuarantin.

    Q. Anda mendapat keputusan ujian Covid-19.

    Ya
    Tidak

    Anda akan dimasukkan ke wad isolasi untuk rawatan, serta akan diuji dari masa ke semasa.

    Anda akan dilepaskan dari wad setelah sembuh dan dua ujian berturut-turut mendapati bahawa anda tidak lagi dijangkiti virus itu. Ujian kedua diambil sekurang-kurangnya 24 jam selepas ujian pertama.

    Anda akan dilepaskan dari kuarantin di rumah setelah 14 hari.


  • Apakah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)?

    Ia merupakan fasa ke-5 perintah kawalan pergerakan. Di bawah fasa ini, hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Lihat laman 'Panduan' untuk mengetahui syarat-syarat yang dikenakan untuk setiap jenis perniagaan dan aktiviti-aktiviti yang masih dilarang.

    Namun begitu, kerajaan negeri boleh meletakkan syarat tambahan.

  • Adakah syarat-syarat PKPB terpakai di seluruh negara?

    Ya, tetapi kerajaan negeri boleh mengenakan syarat tambahan. Di Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan syarat PKPB adalah berbeza.

    Contohnya, di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, makan di restoran tidak dibenarkan. Di Negeri Sembilan, aktiviti rekreasi tidak dibenarkan manakala di Perak, tidak dibenarkan melawat taman rekreasi.

    Di Selangor, aktiviti riadah dibenarkan kecuali di gimnasium tertutup, kolam renang dan denai kembara (hiking trail).

  • Bolehkah saya memandu kenderaan sendiri dalam tempoh ini PKPB?

    Ya. Mulai 27 Mei, satu kereta dibenarkan menampung lebih daripada empat orang. Jumlah penumpang di dalam sebuah kenderaan akan bergantung pada kapasiti kereta seperti yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Contohnya, sebuah kereta persendirian dengan kapasiti empat orang, hanya membenarkan seorang pemandu dengan tiga penumpang di dalam kereta yang sama, sementara MPV boleh membawa sehingga tujuh orang

    Pemandu dan penumpang mesti daripada ahli keluarga yang tinggal di kediaman yang sama.

  • Bolehkah saya pergi mana-mana dalam negeri saya dalam tempoh ini PKPB?

    Ya. Mulai 4 Mei, anda boleh bergerak melangkaui had 10 km yang dikenakan pada fasa PKP yang sebelumnya.

  • Perlukah saya membeli makanan dan keperluan asas dengan banyak?

    Tidak perlu membeli barangan keperluan secara pukal. Pihak kerajaan mengesahkan bekalan mencukupi dan kedai runcit, serbaneka dan pasar raya akan kekal beroperasi

    Anda berisiko dijangkiti virus bila berpusu-pusu di pasar raya atau kedai. Sila jauhi kawasan yang dipenuhi orang ramai.

  • Adakah kedai makan akan buka?

    Ya, tetapi makan di restoran tidak dibenarkan di beberapa negeri termasuk Selangor dan Negeri Sembilan. Di Pahang, makan di restoran hanya dibenarkan di zone hijau. Sila rujuk peraturan pihak berkuasa tempatan.

  • Bolehkah saya tinggalkan rumah?

    Ya, tetapi anda digalakkan duduk di rumah melainkan untuk pergi bekerja atau membeli barangan keperluan.

  • Bolehkah saya bersenam di luar?

    Ya, tetapi kerajaan negeri boleh mengenakan syarat tambahan. Contohnya, walaupun Negeri Sembilan telah beralih ke fasa PKPB, senaman luar masih dilarang.

    Di Perak, anda dilarang ke taman rekreasi manakala di Selangor dan Pahang anda dilarang bersenam di gimnasium, kolam renang dan danai kembara (hiking trails). Di Pahang, berjoging hanya dibenarkan di kawasan perumahan.

  • Apa akan terjadi jika saya melanggar perintah kawalan pergerakan?

    Ini merupakan satu tindakan jenayah. Anda akan ditangkap dan dituduh di mahkamah bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Anda juga boleh dipenjarakan selama enam bulan, atau didenda, atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

  • Perlukah saya membatalkan majlis saya?

    Ya, semua majlis perlu dibatalkan.

    Bagi kematian Muslim, solat jenazah perlu dihadiri keluarga terdekat dan qariah masjid sahaja. Masjid tahlil tidak perlu diadakan.

  • Bolehkah saya menghadiri majlis keagamaan?

    Beberapa negeri telah membenarkan solat Jumaat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bergantung kepada garis panduan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Kerajaan juga telah mengeluarkan senarai rumah ibadat bukan Islam yang dibenarkan buka.

  • Bolehkah saya pergi bercuti?

    Rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar dari negara. Hanya mereka yang terkandas di negeri lain semasa MCO, dan mereka yang perlu bekerja di negeri lain dibenarkan merentas sempadan. Permit perlu didapatkan dari balai polis tempatan. Ini termasuk perjalanan udara.

    Bermula April 3, warganegara Malaysia yang kembali dari luar negara akan dihantar ke pusat kuarantin untuk diasingkan dari masyarakat selama 14 hari.

    Warga asing tidak dibenarkan masuk ke Malaysia dalam tempoh ini.

  • Saya seorang pelajar IPTA. Bolehkah saya kekal di asrama saya?

    Pihak universiti telah menghantar pelajar-pelajar mereka pulang ke kampung halaman. Sila semak dengan universiti anda jika anda boleh kekal di asrama.

  • Pekerja di tempat kerja saya disahkan positif Covid-19. Perlukan pejabat saya ditutup operasinya? Perlukah kami bekerja dari rumah?

    Pihak KKM akan menasihatkan pengurusan akan tindakan seterusnya. Setakat ini, semua premis yang terkesan telah disanitasi dan dibuka kembali.

    Dalam kes sebelum ini, KKM juga akan menghubungi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit tersebut untuk pemeriksaan atau kuarantin.

    Jika anda masih sangsi, sila hubungi KKM di talian di bawah.

  • Saya kenal sesorang yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19. Perlukan saya kuarantin diri?

    Tidak, anda hanya perlu kuarantin jika terdedah secara terus dengan pesakit Covid-19, atau kembali dari luar negara sejak 14 hari yang lalu. Anda juga akan diuji.

    Jika anda masih sangsi, sila hubungi talian KKM di bawah.

  • Perlukah saya terus ke hospital atau klinik jika saya percaya terdedah kepada seseorang yang dipercayai positif Covid-19?

    Jangan terburu-buru ke hospital atau klinik.

    Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah hubungi talian KKM untuk mendapat nasihat. Ini membantu KKM menyaring pesakit dan mengurangkan beban di hospital atau klinik.

  • Perlukah saya menghantar anak saya ke sekolah?

    Semua sekolah, kolej dan universiti ditutup sepanjang tempoh PKP dan PKPB. Pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan buka di sesetengah negeri, dengan syarat. Sila rujuk majlis daerah atau perbandaran jika pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan beroperasi di kawasan anda.

  • Adakah pengangkutan awam masih beroperasi?

    Ya, ia adalah salah satu perkhidmatan asas. Namun begitu, kekerapan bas dan tren telah dikurangkan dalam tempoh ini. Teksi dan e-hailing beroperasi dari 6 pagi ke 10 malam. Dalam tempoh PKPB, jumlah penumpang di dalam tren akan dihadkan. Ini bermakna anda mungkin perlu tunggu lebih lama.

  • Perlukah saya menggunakan topeng hidung dan mulut semasa berada di tempat awam?

    Anda digalakkan menggunakan topeng hidung dan mulut semasa berada di tempat awam tapi ia tidak diwajibkan, melainkan anda bergejala atau menggunakan pengangkutan awam.

Penjarakan sosial

Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya 1 meter dari individu lain, jika mampu.

Jika anda menaiki pengangkutan awam, palingkan muka anda dari individu lain, terutamanya jika mereka bersin atau batuk.

Social Distancing
1 meter

Bagaimana virus Covid-19 merebak?

Bagaimana virus Covid-19 merebak?

Virus ini merebak melalui droplet (titisan air yang kecil) yang dilepaskan oleh mereka yang telah dijangkiti. Anda boleh dijangkiti jika anda terpegang permukaan yang dihinggapi droplet (titisan) tersebut, dan seterusnya memegang muka anda. Virus ini boleh hidup di permukaan selama beberapa jam ke beberapa hari, bergantung kepada jenis permukaan dan suhu sekitar.

Bagaimana untuk elakkan jangkitan?

Bagaimana untuk elakkan jangkitan?

Pakai topeng hidung dan mulut jika anda bergejala. Tukar topeng dengan kerap dan jangan memegangnya setelah dipakai. Cuci tangan jika anda telah memegang topeng.

  • Cuci tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun. Jika tiada air, gunakan hand sanitiser dengan sekurang-kurangnya 60% alkohol.

  • Bersihkan permukaan yang sering disentuh dengan cecair pembasmi kuman.